(*)1 Merenung Kegelapan
{!}Letakkan kedua siku anda di atas meja. Selepas itu, telungkupkan tapak tangan kiri anda diatas mata kiri manakala tapak tangan kanan diatas mata kanan. Pastikan jari-jemari tangan kanan ditindih oleh jari-jemari tangan sebelah kiri. Ikut keselesaan anda. Buka mata sambil renung kedalam kegelapan. Relaks dan kekal pada posisi selama 1-3 minit.
(*)2 Pergerakan Mata Dari Sisi Ke Sisi
{!}Berdiri atau duduk dengan tegak. Pandang lurus kehadapan. Tanpa menggerakan kepala, biarkan hanya bola mata anda yang bergerak ke kiri. Gerakan sehingga hujung dan fokus kepada objek yang anda lihat. Lakukan pergerakan yang sama dari sisi ke sisi sebanyak lima (5) kali. Ulang kitaran pergerakan tiga (3) kali.
(*)3 Pergerakan Mata Keatas & Kebawah
{!}Duduk dalam posisi yang tegak dan selesa. Pandang lurus kehadapan. Setelah itu, sila pandang keatas dan fokus apa yang ada lihat. Jangan dongak kepala anda, biar bola mata sahaja yang bergerak. Sekarang, pandang kebawah pula. Jangan takut untuk membiarkan dahi anda berkedut atau berkerut seketika kerana senaman ini adalah baik untuk mata anda. Pandang keatas dan kebawah selama lima (5) minit. Ulang kitaran senaman ini sebanyak tiga (3) kali.
(*)4 Gerakan Mata Anda Secara Menyerong
{!}Lagi sekali, pandang lurus kehadapan. Pandang kebawah dan gerakkan perlahan-lahan bola mata anda kesebelah kiri. Setelah itu, gerakan pula bola mata anda keatas dan ke kiri. Fokus kepada apa yang anda lihat. Ulang senaman ini sebanyak lima (5) kali, dan pandang semula kehadapan semula sebelum anda beralih kepada mata sebelah kanan pula. Ulang kitaran pergerakan senaman sebanyak tiga (3) kali.
(*)5 Pergerakan Putaran Bulat Untuk Mata
{!}Duduk tegak dan selesa. Pandang ke sebelah kiri dan gerakan bola mata anda dalam arah putaran bulat mengikut arah putaran jam. Untuk lakukan ini, pandang keatas dan perlahan-lahan gerakan mata anda kearah putaran jam dan pandang pula kebawah, gerakan mata anda sama seperti tadi (mengikut arah putaran jam) dan terus pandang ke kanan. Lakukan pusingan bola mata mengikut arah jam sebanyak lima (5) kali dan pusingan melawan arah jam juga sebanayk (lima) 5 kali. Ulang kitaran pergerakan senaman ini sebanyak tiga (3) kali.
#Kongsi ilmu senaman ini bersama keluarga dan kenalan anda agar kita sama-sama dapat menjaga kesihatan mata!
5 TIPS SENAMAN MATA UNTUK TINGKATKAN PENGLIHATAN - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah