-->
Rabu, 20 Januari 2016

Resepi Membuat Tiramisu Cake

Resepi Membuat Tiramisu Cake
Resepi Tiramisu Cake - Dah lama kan saya tak post resepi kat sini..hehehe..al maklumlah mem'busy'kan diri je sentiasa..oklah..kat sini saya nak share mcm mana nak buat tiramisu cake ni yer..asyik makan triffle je sebagai dessert kn?apa kata kita tukar plak kepada tiramisu cake..

Taraaaa...ni buat semalam ngantuk2..sebab nak habiskan whipping cream yang nak expired dh..hehehe...sila abaikan serbuk koko yg comot2 ckit tu yer..dh x sempat nk lap2 dh..x sabar nk tangkap gambar..

Makan sejuk2 pagi tadi..erm..yummy..Jomlah kita tgk resepi tiramisu cake ni..

Tiramisu Cake

Bahan - Bahan
  • 1 biji kek span perisa kopi/coklat (boleh dapatkan kat pasaraya atau kedai jual kek..tp sy buat sendiri)
  • 250ml whipping cream
  • 250ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula kastor (kalau x nak manis sangat kurangkanlah 1-2 sudu ke.tp bg saya dh ok)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Serbuk Koko

Bahan Untuk Lembapkan kek pula;
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan serbuk kopi

CARA NAK BUAT

1. Sediakan bekas untuk letakkan tiramisu kek. Tak kisahlah gelas ke, tuppaware plastik mcm sy buat tu ke ataupun balang ke..yang penting bekas tu transparent..barulah nampak kn..mcm kita wat triffle..

2. Satukan whipping cream, cream cheese, gula dan esen vanila ke dalam bekas. Pukul sehingga sebati dan kembang.

3. Potong kek mengikut bekas yg hendak kita letakkan. Kemudian renjiskan dengan air kopi tadi. Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan bancuhan cream kita tadi. Ulangi proses sehingga bekas penuh. Ikut sukalah nak letak berapa lapis yer..

4. Kemudian ayakkan serbuk koko di atas tiramisu kek tu..

5. Boleh juga dihias dengan coklat parut dan buah-buahan segar mengikut kretiviti masing2.

6. Simpan di dalam peti sejuk dahulu sebelum di makan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Kalau rasa tak larat nak buat tu...jgn malu2 nak tempah yer..:-)

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+