-->
Rabu, 20 Januari 2016

Resepi Muffin Chocolate Cupcake Gebu

Resepi Muffin Chocolate Cupcake Gebu
Resepi Muffin Chocolate Cupcake Gebu - Selamat malam. Kali ini kita hadir lagi dengan resepi yang baru. Ianya juga didatangkan dari pembaca blog ini yang sudi berkongsi resepi beliau dengan pembaca blog ini. Resepi kali ini adalah berkenaan dengan resepi Muffin Chocolate Cupcake gebu yang sungguh enak dan sedap bagi peminat cupcake. Kepada yang ada bakat dan kemampuan untuk membuat apa apa resepi makanan seperti ini. Ini juga boleh dikatakan sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan dari rumah. Dari bakat menjadi peluang perniagaan.

Saya selalu lihat dalam segmen memasak terutamanya segmen racangan MasterChef. Pasti akan ada masa yang para perserta akan di suruh untuk membuat kek besar ataupun kek kecil yang dipanggil sebagai cupcake. Dan saya pasti ada di antara peserta yang akan membuat cupcake dari Muffin Chocolate. Setelah meneliti cara pembuatannya, saya merasakan yang proses membuat Muffin Chocolate tidaklah sesukar mana. Namun begitu, tanpa pengalaman, mungkin boleh terjadi yang cupcake Muffin anda tidak naik atau tidak jadi.

Dari resepi Muffin Chocolate yang dikongsikan oleh Puan yang membaca blog ini. Saya dapati proses pembuatan cupcake Muffin ini sangat sangat mudah dan simple. Anda lihat sendiri resepi yang diberikan di bawah ini. Sangat ringkas bukan? Ianya sangat mudah dibuat. Bahan bahan pun tidak banyak. Malah saya boleh katakan resepi ini antara resepi yang ber kos sangat rendah.

Resepi Muffin Chocolate

Bahan - Bahan A
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil essen vanila

Bahan - Bahan B
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur gred A

Cara Cara Membuat Muffin Chocolate
  1. Satukan bahan A dan masak di atas api perlahan. Kacau hingga sebati. Jangan biar di atas api tanpa di kacau. Apabila sudah sebati sila matikan api. Sejuk sebentar. Masukkan Bahan B yang telah diayak bersama. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul dan diblender hingga kembang. Gaul hingga rata. Biarkan selama 5 minit. Masukkan dalam paper cup dan kukus sehingga 10 minit. Setelah siap. Keluarkan. Taburkan hiasan. Siap

Kepada yang mahu mencuba resepi Muffin Chocolate ini silakan. Kalau tidak berkeberatan, anda boleh kongsikan gambar Muffin Chocolate yang anda buat kepada saya dan saya akan uploadkan gambar cupcake muffin anda di sini sebagai tatapan bersama. Muffin Chocolate ini pasti sangat sedap, lembut dan juga gebu. Kalau anda hendak mencuba Banoffe Cupcake boleh juga. Nyum nyum nyum.

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+