*!*Atasi cepat rasa lapar dengan kurangkan makanan segera
***Kebanyakan makanan segera mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) yang menyebabkan makanan itu berasa sedap. Yang membahayakan apabila anda ‘ketagih’ dengan makanan segera dan akan makan dalam kuantiti yang banyak.
*!*Atasi cepat rasa lapar dengan sarapan pagi
***Ada orang beranggapan mengambil sarapan pagi menyababkan kalori seharian bertambah. Anggapan itu adalah salah kerana sarapan pagi sebenarnya mengalas perut anda agar tidak mudah berasa lapar sebelum waktu makan tengahari.
*!*Atasi cepat rasa lapar dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
***Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi pelbagai jenis vitamin dan serat yang mampu membuatkan kita berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama. Jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek ketika berasa lapar.
*!*Atasi cepat rasa lapar dengan air kosong
***Minum 8 gelas air atau lebih pada setiap hari kerana jika badan kekurangan air pasti kita akan cepat berasa clapar. Badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk melancarkan proses pencernaan.
*!*Atasi cepat rasa lapar dengan kawal tekanan
***Pastikan anda mengawal tekanan perasaan secara positif. Tekanan perasaan yang tidak terkawal boleh meningkatkan penggunaan tenaga kimia oleh otak anda yang seterusnya akan menyebabkan anda mudah berasa lapar.
*!*Atasi cepat rasa lapar dengan elak bosan
***Bosan boleh menyebabkan kita cepat berasa lapar. Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti dan hobi bagi mengatasi perasaan bosan seperti menunggang basikal, menanam pokok dan lain-lain lagi.
*!*Atasi cepat rasa lapar dengan elak rasa sejuk
***Rasa lapar juga boleh terjadi apabila kita berada di dalam suhu yang terlalu sejuk seperti ketika hujan atau memasang pendingin udara terlalu kuat. Atasi rasa sejuk dengan melakukan senaman ringan untuk memanaskan badan dan anda juga boleh minum secawan teh suam tanpa gula.
TIPS UNTUK ATASI MASALAH CEPAT LAPAR - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah