-->
Minggu, 17 Januari 2016

TIPS UNTUK MENCEGAH PENYAKIT BUASIR

TIPS UNTUK MENCEGAH PENYAKIT BUASIR

(^_^)Cegah buasir dengan air

('_')Pastikan air di dalam badan anda sentiasa mencukupi dengan minum sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air setiap hari. Air yang mencukupi adalah perlu bagi memastikan najis tidak keras.

(^_^)Cegah buasir dengan pemakanan seimbang

('_')Amalkan pemakanan yang seimbang dengan mengambil lebih makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga hancur bagi memudahkan proses penghadaman makanan.

(^_^)Cegah buasir dengan buang air besar

('_')Pastikan anda buang air besar pada setiap hari. Usah bertangguh untuk ke tandas jika anda berasa hendak membuang air besar kerana kemungkinan sembelit akan berlaku apabila anda melewatkannya.

(^_^)Cegah buasir dengan bersenam

('_')Lakukan senaman secara berkala seperti berlari, berjalan laju, menari, aerobik dan berbasikal sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi sebanyak tiga kali seminggu. Senaman menggerakkan otot di bahagian dubur dan perut.

(^_^)Cegah buasir dengan ‘stool softeners’ (ubat penghadaman)

('_')‘Stool softeners’ memastikan sisa penghadaman lembap. Ia juga berfungsi untuk memudahkan sisa penghadaman melepasi usus dan dikeluarkan tanpa perlu meneran dengan kuat.


TIPS UNTUK MENCEGAH PENYAKIT BUASIR - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+