-->
Kamis, 11 Februari 2016

Hidangan Ringkas: Cucur Udang Lemak - Resep Maskan


Kedatangan tetamu harus diraikan. Tidak semestinya dengan hidangan berat, menu ringkas sudah memadai asalkan ia air tangan sendiri. Finger food yang menjadi trend masa kini bukan sahaja nampak menarik ketika dihidangkan, tetapi juga digemari kerana tidak terlalu berat. Bingung memikirkan juadah yang sesuai, apa kata cuba resipi Cucur Udang ini...

Bahan-bahan:

  • 250 gm tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • ½ sudu teh soda penaik
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 300-320 ml air
  • 1 butir telur
  • 1/2 labu bawang besar, di cincang
  • 60 gm tauge, dibuang ekor
  • 5 tangkai daun kucai, dihiris
  • 1 biji cili merah, di cincang halus
  • 300 gm udang sedang, dikupas
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng


Bahan sos:

  • 3 biji cili merah, dibuang biji
  • 1 ulas bawang putih, di cincang halus
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 sudu besar cuka
  • 60 ml air masak
  • Gula, garam secukupnya


Cara membuat:

  • Satukan tepung gandum, tepung beras, soda penaik dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Gaul rata.  
  • Masukkan telur dan kacau sebati. Tambah air.
  • Masukkan bawang, tauge, daun kucai dan cili. Akhir sekali masukkan udang, gaul sebati.
  • Isikan adunan ke dalam senduk kecil dan goreng sehingga keemasan. Angkat dan tos kan.


Tip:
Senduk kecil hendaklah dipanaskan di dalam minyak sebelum diletak adunan supaya tidak melekat dan bentuknya cantik.

from Klik Disini http://ift.tt/1Ta0IGT
Hidangan Ringkas: Cucur Udang Lemak - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+