-->
Rabu, 23 Maret 2016

4 Langkah Penting Dalam Soal Penyediaan Makanan Bayi - Resep Maskan


1. Pastikan Vitamin Terpelihara

Bagi memastikan vitamin yang terkandung dalam makanan bayi terpelihara maka sediakan makanan sebaik sahaja anda memerlukannya. Vitamin C dan setengah daripada vitamin B akan hilang dengan perlahan apabila makanan dipotong, dimasak atau didedahkan kepada udara dan dipuri.

Lebih banyak kaedah pemerosesan yang dilakukan terhadap sayur dan buah maka lebih banyak risiko kehilangan khasiat di dalamnya.

2. Sejuk Bekukan Makanan

Sekiranya anda menyediakan kuantiti makanan yang cukup untuk dua kali hidangan, segera sejukkannya dengan cara menyimpan ke dalam peti sejuk atau penyejuk beku. Penyejukbekuan adalah cara paling baik untuk memelihara vitamin yang ada dalam makanan yang disediakan.

Menyejukbeku makanan lembut dalam bekas penyejuk ais atau mangkuk kecil adalah cara baik untuk menyimpannya. Anda hanya perlu mengeluarkan kuantiti yang diperlukan sahaja untuk bayi.

3. Beri Buah-Buahan

Sekiranya anda memberikan bayi lebihan sayuran dari stok makan malam hari sebelumnya, bayi tidak mendapat sepenuhnya vitamin C yang ada di dalamnya kerana sebahagian daripadanya sudah hilang. Oleh itu berikan bayi anda sedikit buah-buahan untuk menambah keperluan vitamin C yang diperlukan bayi.

4. Perkenalkan Pelbagai Perisa

Adakalanya ibu turut menjadi buntu apakah khasiat nutrien yang sebenarnya diperlukan oleh bayi dalam makanan seharian. Pada peringkat awal pengenalan kepada makanan pejal, biasakan bayi terlebih dahulu dengan pelbagai perisa baharu dalam mulutnya. 

Apabila dia sudah biasa dan anda juga dapat mengesan apakah perisa yang paling digemari, baharulah anda boleh memberi fokus kepada keperluan nutriennya pula.

Berikut ialah nutrien penting untuk bayi anda:

Zat besi
Kalsium
Vitamin C
Vitamin A (ini diberi nama beta karotena dalam makanan kategori sayuran)
Asid lemak omega 3


from Klik Disini http://ift.tt/1UaIuHb
4 Langkah Penting Dalam Soal Penyediaan Makanan Bayi - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+