Hijab melindungi rambut dari cuaca yang panas dan juga hujan ataupun apa sahaja perubahan cuaca. Namun ia tidak bermakna anda boleh abaikan kesihatan rambut anda.
Tips untuk menjaga rambut anda walaupun berhijab:
1. Jangan ikat rambut tatkala ia basah
Pasti ramai yang sudah sedia maklum yang kita tidak digalakkan untuk mengikat rambut tatkala ia basah. Tetapi apabila kita sudah lewat, ia tidak membenarkan kita untuk membuat pilihan lain. Ini hanya akan mengakibatkan rambut anda lebih cepat berbau dan juga leper.
Penyelesaian: Pelan masa mencuci rambut anda terlebih dahulu. Jika hari itu sangat panas dan rambut anda basah dengan peluh, pastikan anda ada senggang masa beberapa jam untuk membiarkan rambut anda kering dengan baik. Jika anda tidak ada masa tersebut, gunakan pengering rambut (dengan berpada).
2. Pastikan rambut anda ada peluang untuk bertemu cahaya matahari
Jangan tidak tahu bahawa kepala dan rambut anda juga perlu bernafas dan juga terdedah dengan cahaya matahari. Memandangkan anda memakai hijab, cukup dengan membuka tingkap atau pintu rumah anda untuk membenarkan cahaya matahari mengenai rambut anda. Vitamin D sangat penting ya untuk kesihatan rambut dan kepala anda.
Penyelesaian: Lakukan jemuran ini sekurang-kurangnya 30 minit seminggu. Pilih kawasan di dalam rumah anda yang paling terdedah dengan cahaya matahari dan berehatlah di situ.
3. Lepaskan rambut anda
Apabila memakai hijab, biasa bagi kita untuk mengikat, menggulung, menyanggul dan mengikat tocang pada rambut kita. Bergantung kepada gaya hidup kita, biasanya 6 - 9 jam rambut kita akan berada di dalam keadaan yang begitu.
Penyelesaian: Pulang ke rumah, buka hijab dan lepaskan rambut anda! Jangan biarkan ia terus kepam begitu. Kalau boleh, elakkan juga dari mengikat rambut anda melainkan anda tiada pilihan. Jika ada sahabat bukan mahram datang ke rumah, ikat hijab anda dengan lebih relaks dan longgar untuk membenarkan peredaran udara yang baik.
4. Cuci anak tudung dengan kerap
Memandangkan anak tudung sentiasa melekat kepada kepala, ia juga merupakan benteng pertama dari lelehan peluh dan juga tempat berkumpul kelemumur. Ini membuatkan anak tudung anda boleh menjadi penyebab rambut anda kotor dan berbau.
Penyelesaian: Pastikan anda mecuci anak tudung dengan kerap dan lebih senang jika anda memiliki sekurang-kurangnya lima helai anak tudung agar kebersihannya terjamin dan anda tidak kehabisan stok anak tudung.
5. Potong rambut secara berkala
Ingat, walaupun kita berhijab tidak bermakna rambut tidak perlu dipotong. Bukan bermakna anda perlu berambut pendek ya!
Penyelesaian: 'Trim' rambut anda secara berkala setiap 4 ke 6 minggu, cukup untuk membuang hujung rambut bercabang. 1/2 ke 1 inci sudah mencukupi.
6. Jangan ikat rambut terlalu ketat
Bagi anda yang tidak sukakan ikatan rambut yang longgar, ini sahaja penyelesaiannya. Apabila anda mengikat rambut dengan terlalu ketat, ia akan menarik rambut anda dan ia akan mudah tercabut atau terputus.
Penyelesaian: Benarkan ikatan rambut yang longgar sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk merehatkan kulit kepala anda.
Memakai hijab bukan bermakna kesihatan rambut boleh diabaikan. Malah ia menjadi lebih penting dan mustahak untuk kita memastikan kesihatannya. - hb
from Klik Disini http://ift.tt/1VH13lZ
6 perkara wanita berhijab wajib tahu tentang penjagaan rambut - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah