-->
Minggu, 14 Agustus 2016

Adab-adab ketika berwuduk - Resep Maskan




***Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.*** ^_^

###Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.###

Sahabat2 yang dirahmati Allah,
Kita berwuduk sebelum melakukan ibadat2 wajib mahupun sunat.

Adab2 ketika berwuduk juga haruslah dijaga supaya wuduk yang kita ambil lebih sempurna dan segala amalan yang akan kita lakukan diterima Allah SWT.

Di antara adab2 ketika berwuduk ialah:-

(1) Membersih mulut dan gigi seperti berkumur dan bersiwak(sugi). Ianya amat dituntut dalam Islam. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

“Kalaulah tidak kerana menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang.”

(2) Bersugi adalah sunat dengan menggunakan kayu sugi atau alat sugi yang boleh membersihkan (berus gigi). Seperti hadis Rasulullah SAW di atas, kita dapat lihat pentingnya bersiwak(sugi) sebelum berwuduk.

(3) Sesudah itu, ambil wuduk dengan khusyuk tanpa lalai dan leka. Sesetengah ulama meminta supaya membaca doa setiap anggota yang dibasuh dan disapu.

Ketika mengambil wuduk mulakan membaca:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Hai Tuhan, aku minta berlindung dengan Engkau dari gangguan syaitan dan aku minta berlindung dengan Engkau, hai Tuhan dari mereka datang kepadaku.”

(4) Membasuh dua tangan. Baca doa yang bermaksud:
“Hai Tuhan, sesungguhnya aku meminta dari Engkau kesempurnaan dan keberkatan dan aku minta perlindungan dengan Engkau dari kecelakaan dan kebinasaan.”

(5) Berkumur dan membaca doa yang bermaksud:
 “Hai Tuhan, tolonglah aku membaca kitab Engkau, banyak berzikir kepada Engkau dan tetapkanlah aku dengan kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat.”

(6) Ketika memasukkan air ke dalam hidung, baca doa:
Hai Tuhan, berikan kepadaku bau-bauan syurga dan Engkau reda kepadaku.”

(7) Ketika mengeluarkan air dari hidung hendaklah membaca doa: “Hai Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari bauan neraka dan keseksaan neraka.”

(8) Sesudah itu berniat mengambil wuduk, kemudian membasuh muka dan berdoa:
 “Hai Tuhan, bercahayalah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari bercahayanya muka wali-wali Kamu dan janganlah kamu menggelapkan mukaku dengan kegelapan Engkau pada hari menjadi hitam muka musuh-musuh Kamu.”

(9) Ketika membasuh tangan hingga ke siku, baca doa;
bagi tangan kanan-Hai Tuhan, serahkanlah rekod amalanku melalui tangan kananku dan perhitungkanlah aku secara mudah.”

Manakala ketika membasuh tangan kira, baca doa: “Hai Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari Engkau serahkan buku rekodku melalui tangan kiriku atau dari belakang.”

(10) Ketika menyapu kepala hendaklah kamu membaca:
 “Hai Tuhan, litupilah aku dengan rahmat Engkau, turunkan keberkatan Engkau kepada aku, lindungilah aku dibawah baying Arasy Engkau pada hari yang tidak ada sebarang perlindungan kecuali lindungan bayangan Engkau. Hai Tuhan, peliharalah rambutku dan kulitku daripada api neraka.”

(11) Dan ketika menyapu dua telinga, bacalah:
 “Hai Tuhan, jadikanlah aku dari kalangan orang yang mendengar perkataan maka mengikut yang baiknya. Hai Tuhan perdengarkanlah aku malaikat yang menyeru ke syurga, di syurga bersama-sama orang yang baik-baik.”


Kemudian, ketika membasuh kaki kanan hendaklah membaca doa yang bermaksud:
 “Hai Tuhan, tetapkanlah kakiku di atas titian Siratul Mustaqim bersama tetapnya kaki hamba-hambamu yang soleh.” 

Manakala ketika membasuh kaki kiri hendaklah membaca doa yang bermaksud:
 “Hai Tuhan, sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau dari tergelincirnya kakiku di atas titian Sirat ke dalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafik dan musyrik.”

(12) Dan akhir sekali, setelah selesai mengambil wuduk, membaca doa yang membawa maksud:
Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersih dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang soleh.”

Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud
"Tidaklah salah orang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Muslim )

Di dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Jika seorang hamba yang Muslim atau Mukmin berwuduk, ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air atau bersama titisan air terakhir. Jika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan tangannya bersama keluarnya air atau titisan terakhir air. Jika membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau titisan terakhir air, sampai ia selesai wuduk dalam keadaan bersih dari dosa."
(Hadis Riwayat Muslim).


from Klik Disini http://ift.tt/2b3f6BY
Adab-adab ketika berwuduk - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+