***Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh*** ^_^
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat lapan perkara yang menentukan bahagia atau derita didalam kubur:
Abu-Laits berkata:
“Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi (melaksanakan) empat perkara dan meninggalkan empat perkara iaitu:
1)Menjaga sembahyang lima waktu
2) Banyak bersedekah
3) Banyak membaca al-Quran
4) Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua empat pekara di atas dapat menerangi kubur dan meluaskannya.
Ada empat pekara yang harus ditinggalkan ialah:
1.Berbohong
2.Khianat
3. Adu-domba
4. Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: “Bersihkanlah kamu daripada air kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air kencing. (Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.)"
from Klik Disini http://ift.tt/2b6ZqNt
Lapan Perkara Bahagia atau Derita ketika di dalam Kubur - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah