-->
Sabtu, 13 Agustus 2016

PENYEMBUHAN GOUT MELALUI BEKAM - Resep Maskan


PENYAKIT GOUT!

Sesiapa yang pernah mengalaminya sahaja akan tahu betapa deritanya kesakitan kerana 'sahabat' yang bernama GOUT ini. Ada yang sudah bertahun mengadap masalah gout. Setiap kali gout datang, ubat tahan sakit menjadi kawan, kalau sudah tak boleh tahan sangat pergi klinik minta satu suntikan. Kerja pun tertangguh kerana terpaksa MC, yang berniaga pun terpaksa tutup kedai, suri rumah pun tak terkecuali dan urusan rumahtangga terjejas.

Gout secara teorinya terjadi apabila adanya sejumlah endapan kristal Uric Acid pada persendian, lebih mudah terkena pada persendian kaki. Kebanyakan orang yang terkena gout adalah dari golongan 40 tahun ke atas dan jarang sekali menimpa golongan yg bawah 40 tahub ke bawah.Begitu juga pada Wanita yang telah putus haid jarang dikesan terkena gout

APAKAH PENYEBAB GOUT?

Apabila kadar Uric Acid berlebihan di dalam darah serta kurangnya proses pembuangan zat ini dari tubuh, maka terjadilah endapan Uric Acid pada persendian. Secara kasar Uric Acid adalah sejenis bahan kumuh yang dipanggil purin. Gout lebih cenderung untuk terjadi kepada mereka yang sering memakan makanan yang berasid seperti daging, makanan laut dan kekacang. Mereka yang mengalami masalah ginjal juga berpotensi untuk dihinggapi masalah gout. Ada juga sebab lain yang boleh menjadi punca terjadinya gout seperti mereka yang mengalami kekurangan kelenjar tiroid, mereka yang mengamalkan diet yang ketat dan juga mereka yang sentiasa mengambil sesetengah ubat.

GEJALA GOUT?

Pada tahap awal peningkatan Uric Acid dalam darah, biasanya tiada apa-apa gejala yang dapat dirasai.
Kemudian selang beberapa lama dan kadar Uric Acid semakin bertambah, kristal Uric Acid mula terenap pada persendian sehingga terasa sakit yang amat sangat.
Lazimnya pada permulaan serangan gout, bermula pada bahagian sendi ibu jari kaki.
Gelaja lain adalah sendi mulai menjadi merah dan bengkak, bahagian diserang berasa panas dan menyengat pada tapak kaki dan persendian bawah ibu jari kaki. Dalam beberapa kes, gout menjadi lebih teruk sehingga tidak boleh memakai selipar dan kasut.
Serangan gout juga biasanya akan menyebabkan tapak kaki berdenyut dan berasa panas diawal pagi, terutamanya ketika bangun tidur. Ada juga kes yang teruk, terpaksa kaki direndam dulu ke dalam air suam sewaktu bangun tidur untuk mengurangkan kesakitan.

BEKAM UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH GOUT?

Berbekam sebenarnya boleh mengeluarkan kristal Uruc Acid kerana sememangnya ia berada di dalam darah. Bekam dilakukan terus pada bahagian persendian yang diserang gout serta beberapa bahagian lain yang berhampiran serta pada bahagian buah pinggang serta liver (hati). Jika sewaktu berbekam tersebut kawasan yang diserang gout menjadi bengkak, merah dan berdenyut ia akan mulai berkurang setelah dibekam. Rawatan bekam susulan diperlukan dalam tempoh seminggu bagi kesan yang terbaik.
Zat Nitrit Oksida (NO) yang dihasilkan melalui proses bekam mampu mengurangi bengkak pada persendian yang sakit.
Melalui bekam, zat prostaglandin yang berada pada kawasan yang sakit akan dibuang seterusnya mengurangkan rasa sakit.
Hormon endorfin dan enkefalin hasil rangsangan sewaktu berbekam akan menjadi pereda semulajadi terhadap kesan sakit oleh yang terhasil oleh gout.
Jika terdapat masalah selain gout di dalam tubuh pada ketika itu, berbekam akan membantu, membaiki, membaik pulih sistem kerja organ utama badan seperti buah pinggang untuk membuang kandungan Uric Acid secara semulajadi, serta ia juga akan menambahkan fungsi kerja liver (hati).

*****Gout boleh berulang dalam jangka masa seminggu dan juga sebulan yang akan datang. Ubatan seperti ubat tahan sakit hanyalah menutup gelaja untuk satu jangka masa sahaja.
Gout juga boleh menyerang di sendi2 lain seperti lutut, pergelangan tangan serta jari tangan.*****

P/S Merawat sesuatu penyakit tanpa ubat adalah ikhtiar yang patut diutamakan. Bekam adalah satu-satunya rawatan yang menggunakan kaedah membuang punca penyakit dari badan. Manakala memakan ubatan adalah proses merawat dengan memasukkan sesuatu ke dalam badan, dan percayalah ia akan meninggalkan kesan sampingan pada badan.




from Klik Disini http://ift.tt/2b23S0I
PENYEMBUHAN GOUT MELALUI BEKAM - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+