-->
Kamis, 08 September 2016

Awas!! Darah Beku Boleh Membawa Maut ~ Klik Disini - Resep Maskan

Darah Beku Boleh Membawa Maut

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Hai uollsss..kali ni saya nak kongsi sedikit info berkenaan acanman darah beku boleh membawa maut.

~ Di negara kita ( Malaysia ), kira-kira satu pertiga atau 34 peratus daripada kematian tromboembolisme vena (VTE) berpunca daripada embolisme pulmonari iaitu maut secara tiba-tiba. Antara gejala embolisme pulmonari termasuk sesak nafas, sakit dada dan kadar denyutan jantung pantas serta sesetengah orang juga mungkin mengalami batuk berdarah. ~

~ Darah beku ini biasanya datangnya dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung keteter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. ~

~ Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu daripada tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru. Bergantung pada tahap penyakit, embolisme pulmonari yang kronik boleh menyebabkan pesakitnya meninggal dunia dalam tempoh 30 minit selepas simptom muncul. ~

@ INDIVIDU YANG BERISIKO @

~ Selain mereka yang pernah melakukan surgeri, kajian Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan New Zealand juga menyebut bahawa masalah ini turut dihadapi oleh golongan:
  1.   Staf pejabat yang duduk terlalu lama.
  2.   Staf industri maklumat.
  3.   Staf pusat panggilan.
  4.   Penumpang kapal terbang dengan perjalanan jauh.
  5.   Pengguna komputer yang menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer.


@ SIMPTOM @
  1. Cepat penat
  2. Mengah
  3. Sakit dada
  4. Denyutan nadi laju
  5. Lemah di bahagian kaki
  6. Kurang selera makan
  7. Batuk
  8. Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif


@ PENCEGAHAN @
  1. Pakai stoking untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (DVT). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
  2. Banyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.
  3. Elakkan meminum air batu (ais).
  4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk.
  5. Sentiasa meminum air panas.
  6. Amalkan bersenam.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jom share, semoga artikal ini bermanafaat untuk semua.


from Klik Disini http://ift.tt/2bVaISv
Awas!! Darah Beku Boleh Membawa Maut ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+