-->
Kamis, 08 September 2016

Jenis-Jenis Sayur Yang Memboelehkan Membantu Isteri Anda Cepat Hamil. ~ Klik Disini - Resep Maskan

4 Jenis Sayuran Bantu Isteri Anda Cepat Hamil


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Hai uollsss..uollsss nak anak cepat ke?? ok.. kali ni saya nak kongsi sedikit tips dengan uollsss untuk membantu isteri cepat hamil.

Semua sayur ada nutrisi yang tersendiri tapi ada beberapa jenis sayur yang dikatakan membantu mempercepatkan kehamilan. Sayuran ini secara spesifiknya mengandungi zink, asid lemak omega 3, antioksidan dan nutrisi lain yang meningkatkan kesuburan wanita, ovulasi dan kualiti telur.
Bagi yang merancang untuk menimang cahaya mata, boleh amalkan sayuran ini.

4 JENIS SAYURAN BANTU ISTERI CEPAT HAMIL

~ Bayam ~

Bayam mengandung zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita untuk cepat hamil. Boleh amalkan hidangan bayam secara sihat seperti dikukus, direbus atau dijadikan salad.

~ Daun Bit ~

Kita biasa mendengar manfaat ubi bit tapi jarang mendengar khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya zat besi yang penting untuk membantu kehamilan. Daun bit juga kaya vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain diperlukan untuk kehamilan.
~ Brokoli ~

Brokoli membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang mengganggu hormon-hormon kehamilan normal.

~ Biji Labu Dan Tiram ~


Biji labu dan tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung berkait dengan ketidaksuburan lelaki dan wanita.

Pengambilan khasiat ini penting dalam menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)


from Klik Disini http://ift.tt/2c1g1G2
Jenis-Jenis Sayur Yang Memboelehkan Membantu Isteri Anda Cepat Hamil. ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+