-->
Minggu, 11 September 2016

Cara Memilih Roti Yang Berkhasiat ~ Klik Disini - Resep Maskan

Cara Memilih Roti Yang Berkhasiat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Hai guyss.. Kali ni saya nak kongsi sedikit tetang cara memilih roti yang berkhasiat.. Kadangkala memilih roti yang sesuai ketika berada di pasaraya benar-benar boleh mengelirukan kita kan?

Walaupun kita sudah pun tahu yang setiap roti dihasilkan dengan cara dan bahan yang sama namun bagaimana untuk kita nak tahu bahawa roti yang kita pilih itu roti yang terbaik atau tidak.

Persoalannya adalah kita tidak perlu berasa takut untuk mengambil karbohidrat jenis ini. Roti boleh menjadi sumber nutrisi yang cukup bagus untuk diet kita.

Disini saya ada sediakan beberapa tips yang harus anda ikuti untuk mengenal pasti roti yang mana berkhasiat.

1. Memilih Roti Jenis Gandum
  • Sekiranya anda memilih roti, anda haruslah beralih kepada roti jenis gandum. Barangan gandum selalunya mengandungi sepenuhnya bijirin. Ia juga kaya dengan protein, serat, vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh anda.
2. Mencari Label 100% Bijirin
  • Setiap roti juga boleh menamakan diri mereka sebagai roti penuh bijirin walaupun ia cuma mengandungi 51 peratus bijirin sahaja. Kerana itulah ia sangat penting untuk anda memeriksa label roti yang berada di pasaran untuk memastikan ia benar-benar mempunyai 100% penuh bijirin. Apabila tiba masa untuk memilih di antara roti biasa dan organik, anda boleh cuba jimatkan duit dan abaikan jenis yang organik.
3. Kurang Bahan Bermaksud Roti Lebih Baik
  • Ketiadaan bahan perasa tiruan, pewarna dan pengawet juga adalah faktor yang cukup penting untuk diambil kira apabila membeli sebuah roti. Cuba untuk membaca bahan-bahannya dengan kuat dan jika ada yang sukar untuk anda sebut, maka anda patut tinggalkan jenama roti tersebut.
4. Fokus Pada Serat
  • Anda telah banyak kali diingatkan oleh pakar diet tentang betapa pentingnya kehadiran serat untuk diet anda. Ia membantu anda untuk berasa lebih kenyang, menggalakkan pergerakan usus secara sihat dan juga memperbaiki kesihatan perut.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)




from Klik Disini http://ift.tt/2cmNHIP
Cara Memilih Roti Yang Berkhasiat ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+