-->
Minggu, 11 September 2016

Mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. ~ Klik Disini - Resep Maskan

Adakah mandi malam mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Hai guyss.. Kali ni saya nak kongsi sedikit info tentang mandi malam, sebenarnya mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan.

Paru-paru berair terjadi apabila berlakunya pengumpulan cecair berlebihan dalam paru-paru kita. Jangkitan paru-paru berair terbahagi pula kepada dua iaitu Pulmonari Edema (PE) dan Pneumonia.

1- Pulmonari Edema

  • Pulmonari Edema adalah pengumpulan air berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan berair.
  • Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung. Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air ketika mandi adalah salah.

2- Pneumonia

  • Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku. Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia bukan berpunca dari mandi malam.

3- Nanah

  • Cecair yang terdapat dalam paru-paru pula bukanlah sama seperti air yang kita minum atau air paip yang dikatakan masuk kedalam paru-paru ketika mandi, tetapi ia adalah cecair yang dipenuhi nanah yang banyak malah adakalanya bercampur darah dan bendalir tubuh.
  • Tanda-tanda yang boleh dilihat biasanya pesakit akan mengadu mengalami batuk, sakit dada dan sukar bernafas apabila melakukan kerja-kerja ringan.
  • Pada peringkat awal, rawatan akan dilakukan dengan menggunakan imbasan x-ray pada dada. Kemudian, pemeriksaan darah dan pemeriksaan fungsi paru-paru akan dilakukan.

Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres. Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

“Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini,” kata beliau.

Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

“Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu.

Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya. “Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.

“Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi.” kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering. Pengamal perubatan Dr Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan.

“Setelah bekerja seharian, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi. “Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit,” katanya.

Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

“Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.

“Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur,” kata beliau.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, sila share untuk semua, semoga artikal ini memberi manfaat untuk semua.


from Klik Disini http://ift.tt/2cvVgBN
Mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+