Selasa, 27 September 2016
Amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan seseorang awet muda kerana ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.
*Sebenarnya amalan makan ulam menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Malah, ia menjadi ikutan kaum lain sehingga ada yang kata rasa tidak puas makan nasi jika tiada ulam bercecah sambal belacan.
*Ada juga yang tidak berselera makan jika tiada ulam atau sayur. Paling tidak, mesti ada timun untuk membuka selera. Ini amalan baik kerana setiap hari badan kita memerlukan kira-kira 40 jenis nutrien untuk kekal sihat.
*Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Jika mengamalkan diet yang banyak lemak, bermakna kita akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol tinggi.
*Selain mempunyai pelbagai khasiat, ulam sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini banyak kajian dilakukan untuk mengkomersialkan khasiat ulam.
Antara ulam-ulamannya ialah:-
Pegaga
Pegaga biasanya tumbuh melata di keliling rumah. Namun tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.
Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.
Timun
Amalan makan timun juga boleh mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk. Mengamalkan minum jus timun segar juga dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.
Ada juga petua menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya minum jus timun dua gelas sehari, di samping bersenam dan mengawal pemakanan.
Cekur
Ia adalah ulam yang biasa tetapi jarang mendapat perhatian. Ulam daripada keluarga halia ini mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.
Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan. Ia juga mempunyai bahan antibakteria, antifungus dan antikeradangan.
Petai
Walaupun mempunyai bau kuat, ia menjadi kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan ia dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Pucuk kaduk
Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ia juga boleh dimakan mentah. Ia dipercayai boleh menguatkan tulang dan rebusan daun kaduk dijadikan ubat melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.
Pucuk gajus
Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.
Lobak merah
Jarang kita jadikan lobak merah sebagai ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.
Ia baik untuk mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.
Mengkudu
Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karoten dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.
Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.
Jering
Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya protein, karbohidrat dan serat yang mampu mengubati penyakit kencing manis.
SELAMAT MENCUBA
from Klik Disini http://ift.tt/2doMMIU
KHASIAT ULAM ULAMAN - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah
KHASIAT ULAM ULAMAN - Resep Maskan

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:
Tags :
Resep Masakan