-->
Selasa, 27 September 2016

PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK - Resep Maskan


Terdapat beberapa petua agar daging cepat empuk  amalan nenek moyang yang boleh dicuba untuk menjadikan rendang daging cepat empuk, lembut dan lebih  enak dimakan. Jom kita cuba ..

1*Semasa merebus atau memasak daging, masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

2* Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging, jika tidak mahu menggunakan camca seperti petua di atas.

3* Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Petua ini biasa saya dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang banyak. Namun sejauhmana keberkesanannya tidaklah dapat saya pastikan.

4*  Selain itu,anda juga boleh masukkan  beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.

5* Jika tiada tangkainya, anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda. Pastikan anda kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

6* Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

7* Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang  15 minit. Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

8* Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu. Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu. Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

9* Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

10* Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

Nampaknya petua kali ini lebih ringkas dan agak mudah. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah di dapati di sekitar kawasan rumah.

Ok, selamat mencuba

from Klik Disini http://ift.tt/2dwhVL2
PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+