Petua Hilangkan Kahak Dan Cergas Badan Bangun Pagi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
4 Petua Hilangkan Kahak Dan Cergas Badan Bangun Pagi
~ Selain ubat yang dijual dekat klinik atau farmasi, ada beberapa petua boleh korang cuba untuk hilangkan kahak yang terperam lama itu. Bahan-bahannya juga sangat mudah didapati dan hasilnya cukup berkesan. ~
1- Minum Teh O Lemon Dan Madu
~ Masa suami anim batuk tak berhenti dulu, mak anim ada suruh minum teh o campur madu. Biasanya memang mak akan sediakan ala-ala ‘pati’ simpan perahan lemon dan madu dalam bekas, kemudian simpan dalam peti ais. Air dari rembesan lemon akan keluar dan akan terus bercampur dengan madu. Kalau nak minum, just tuangkan sedikit dalam air minuman. ~
~ Untuk lebih mudah, boleh beli teh o ais limau yang dijual kat restoran. Tapi kalau nak lebih berkesan, buat sendiri lebih baik. Caranya mudah saja. Buat secawan teh O yang panas, lepastu campurkan sehiris dua lemon. Campurkan sedikit gula sebagai perasa kalau tak nanti kelat dan masam pula. Kemudian, campurkan sedikit dengan sesudu madu. ~
2- Makan Makanan Pedas
~ Selalunya kita dilarang makan makanan pedas-pedas bila batuk. Tetapi sebenarnya, makanan pedas ini secara tak langsung akan membantu untuk caikan kahak. ~
3- Minum Air Suam
~ Sebaiknya, bila tekak dah berkahak elakkan daripada minum air sejuk terutama yang kita simpan dalam peti ais tu. Amalkan banyak meminum air suam. Elakkan juga makanan yang berminyak contohnya seperti roti canai. ~
4- Garam- Berkumur Atau Makan
~ Biasanya kita dengar kalau sakit gigi atau gusi doktor akan nasihatkan supaya berkumur dengan air garam. Sebenarnya tak terhad pada sakit gigi atau gusi sahaja. Cara ini juga sesuai untuk melegakan tekak dari enapan kahak. ~
~ Campurkan sedikit garam dalam segelas air suam, dan kumur satu atau dua kali berterusan. Ia berkesan melegakan rasa tak selesa pada tekak. ~
~ Selain itu, makan secubit garam bersama air suam juga adalah sangat baik untuk kesihatan. Dalam rawatan islam, kaedah ini apabila diamalkan setiap pagi akan mengelakkan seseorang itu daripada mudah diserang penyakit. Sekaligus ia mencergaskan tubuh setiap hari. ~
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)
from Klik Disini http://ift.tt/2c0dhU7
Petua Hilangkan Kahak Dan Cergas Badan Bangun Pagi - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah