PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI DAN KANAK-KANAK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
15 Petua menghilangkan batuk & selsema kanak-kanak.
1. Berikan anak rehat yang secukupnya dirumah
- Elakkanlah membawa anak keluar dari rumah ke tempat awam jika tiada keperluan. Ini dapat mengelakkan virus berjangkit dengan anak-anak lain. Selain itu, anak-anak akan merasa letih dan proses penyembuhan mungkin memakan masa yang lama.
- Anak yang tidak sihat memerlukan pemerhatian. Jadi, isilah masa bersama mereka dengan sentuhan-sentuhan memujuk dan pelukan agar mereka merasa selesa dan selamat.Boleh juga bercerita dan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar rumah untuk mengambil udara segar.
- Walaupun rumah kia lazimnya nampak bersih, tetapi tidak salah sekiranya kita membuat pemeriksaan dan membersihkan habuk-habuk. Mop lantai menggunakan air panas dan menggunakan bahan pencuci anti-bakteria. Lebih baik jika menggunakan yang mesra alam dan tiada bahan kimia.
- Pastikan setiap pagi, buka pintu dan tingkap supaya aliran udara dapat mengalir dengan baik.
- Menepuk bahagian badan- depan & belakang, dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung (seperti kita nak sendawakan bayi). Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. (berhati-hati ketika menepuk terutama ketika diaplikasikan kepada bayi)
Teknik ini saya sering gunakan kepada bayi saya. Caranya sediakan:
- 2 ulas bawang putih yang dibakar dengan kulit, kemudian lenyekkan sedikit didalam besen
- Tambahkan sedikit minyak zaitun
- Tambahkan air panas
- Napkin nipis (saya tidak gunakan, risau bayi tak dapat tahan)
- Riba anak dengan menhadapkan mukanya ke besen tersebut. Tutup kepalanya dengan napkin nipis. Wap tadi akan masuk ke dalam rongga anak.
- Kemudian tepuk belakang anak seperti teknik percussion tadi. InsyaAllah teknik ini akan melegakan dan melancarkan pernafasannya. Batuk dan selsema akan berkurangan.
- Ibu yang menyusukan bayi, harus menjaga pemakanan. Ibu boleh makan sup dengan melebihkan bawang putih didalam sup tersebut. Ibu juga boleh mengambil supplement yang bersesuaian untuk ibu menyusu.
8. Kunyit
- Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.
9.Bunga belimbing dan air beras
- Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, boleh cuba petua ini. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras, tapis dan beri anak minum. Ini adalah petua tradisional.
10. Daun basil, oregano dan daun sireh
- Campur dan perahkan airnya. Beri anak minum sedikit. Hanya untuk bayi yang telah makan makanan pejal.
11. Lemon, halia, madu
- Perahkan lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. biarkan semalaman dalam peti ais, boleh berikan kepada anak-anak yang berumur 2 tahun keatas.
12. Garlic Socks
- Bakar bawang putih, letak dalam stokin anak.
13. Mandian lemon
- Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.
14. Minyak bawang putih
- Bakar bawang putih seperti teknik Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton , cuma, tidak perlukan air panas. hanya tambah minyak masak/ zaitun/ bayi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya.
15. Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun
- Ini adalah perkongsian dari seorang sahabat saya, katanya , goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)
from Klik Disini http://ift.tt/2bMp2l7
PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI DAN KANAK-KANAK YANG ANDA PERLU TAHU - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah