Warna lidah dan tanda penyakit
Assalamualaikum guysss.. Ni nak tanya korang, Korang perasan tak kadang-kadang semasa kita melakukan pemeriksaan kat mana klinik atau pun hospital, doktor akan suruh kita jelir atau keluarkan lidah untuk diperiksa. Haa… ada sebabnya tu. Sebenarnya, dengan melihat kepada keadaan dan warna lidah kita, doktor dah boleh tahu sedikit-sebanyak pastikan apa penyakit yang sedang dialami oleh seseorang. Ok.. Kali ni saya nak share tanda-tanda penyakit berdasarkan warna lidah.
Warna Lidah dan Tanda-tanda Penyakit Berkaitan
- Warna lidah yang menunjukkan seseorang itu sihat ialah lidah yang berwarna merah jambu.
- Sekiranya warna lidah kelihatan kekuningan, itu menandakan bahawa peratusan sel darah kuning di dalam darah kita tinggi. Hmm… mungkin nak kena demam kuning lah kot…
- Jika warna lidah tu merah pucat, kemungkinan orang tu mengalami penyakit anemia atau kekurangan darah.
- Warna lidah yang kelihatan kebiru-biruan pula menunjukkan terdapat tanda-tanda penyakit berkaitan jantung atau organ-organ pernafasan.
- Lazimnya, seseorang yang mengalami demam dan mengalami gangguan pada sistem pencernaan tubuh, lidahnya akan diselaputi oleh warna putih.
- Kalau lidah tu bergetar semasa dikeluarkan dari mulut, tandanya seseorang itu mungkin keracunan atau menghadapi penyakit gangguan saraf.
Apa sekalipun, kalau ada yang berasa badan tu dah banyak hari rasa tidak selesa, seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena, dan kebetulan terdapat tanda-tanda di atas sebaik-baiknya luangkan masa korang untuk mendapat pemeriksaan doktor untuk kepastian.
from Klik Disini http://ift.tt/2dwe9kQ
Tanda-tanda penyakit berdasarkan warna lidah ~Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah