Petua untuk menghilangkan parut
Petua parut No. 1
- Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kendian campur serbuk kayu manis tuh dengan bedak sejuk. Jangan lupa pulak untuk tambah air. Bila dah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua nie juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam kat muka kita.
Petua hilangkan parut 2
- petua menghilangkan parutKaedah nie lebih natural… tapi susah sikit untuk mendapatkan bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
Petua menghilangkan parut 3
- Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi petua yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share
from Klik Disini http://ift.tt/2ers0di
3 Petua untuk menghilangkan parut ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah