Manfaat Kunyit
Sebelum ini saya dah pernah kongsi beberapa petua yang dimanfaatkan daripada kunyit. Antaranya petua menghilangkan gatal ulat bulu, mengatasi masalah tidur berdengkur dan kunyit hidup untuk masalah jerawat.
Selain itu, kunyit turut digunakan untuk rawatan kulit melecet, contohnya apabila kaki melecet akibat terjatuh, main futsal dsb.nya. dan juga untuk merawat luka kecil.
Merawat Kulit Melecet
Caranya ialah ambil satu batang kunyit hidup dan belah kepada beberapa potongan kecil (seumpama memotong hirisan timun). Lepas tu gosok perlahan-lahan isi kunyit tu pada bekas yang melecet. Orang tua-tua kata, kalau ikut petua nie nescaya kulit yang melecet tidak akan meninggalkan parut apabila sembuh kelak.
Merawat Kudis Kecil
Petua ni lebih kepada luka-luka kecil atau kudis kecil yang biasanya dialami kanak-kanak yang entah kat mana diaorang main ataupun untuk kes-kes yang mendapat ‘luka kecil’ kerana kulit sensitif pada gigitan nyamuk atau agas.
Untuk mengubati kudis tersebut, ambil sebuku kunyit dan tumbuk hingga halus. Kemudian campurkan pula dengan empat sudu minyak kelapa. Panaskan kesemua bahan tersebut lebih kurang 3 minit. Biarkan seketika dan bila dah agak sejuk, sapukan pada bahagian yang berkenaan.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.
from Klik Disini http://ift.tt/2dTCEbh
Khasiat & Manfaat Kunyit ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah