-->
Rabu, 12 Oktober 2016

4 Kesan Buruk Memakai Kasut Tumit Tinggi ~ klik disini - Resep Maskan



4 Kesan Buruk Memakai Kasut Tumit Tinggi

PERTAMA :

  • Selain menyebabkan kaki anda membengkak, memakai kasut tumit tinggi secara kerap juga boleh mengakibatkan otot betis mengecil atau pendek. Ini berpunca dari cara anda berjalan ketika memakai kasut tumit tinggi.

KEDUA :

  • Kasut tumit tinggi akan menyebabkan rasa ketidakselesaan di bahagian kaki. Selain itu risiko untuk anda jatuh atau tergeliat di bahagian buku lali adalah lebih tinggi.

KETIGA :

  • Memakai kasut tumit tinggi secara kerap juga akan membuatkan bahagian pinggang dan tulang belakang anda sakit. Selain itu ia turut menjejaskan postur tubuh badan anda membuatkan tulang belakang dan pinggang anda seakan melengkung.

KEEMPAT :

  • Wanita yang mengandung juga dinasihatkan agar tidak memakai kasut tumit tinggi kerana ia boleh menyebabkan sakit di bahagian pinggang dan punggung.

Boleh je kalau nak pakai kasut tumit tinggi, tetapi elakkan untuk tempoh yang lama atau secara kerap.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share..

from Klik Disini http://ift.tt/2dRd6x9
4 Kesan Buruk Memakai Kasut Tumit Tinggi ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+