-->
Rabu, 12 Oktober 2016

Khasiat Celery Untuk Kesihatan ~ klik disini - Resep Maskan


9 Khasiat Celery Untuk Kesihatan

PERTAMA :
  • Celery adalah antara sayuran yang paling sesuai di makan sekiranya anda sedang berdiet. Satu batang Celery mengandungi hanya 10 kalori. Jadi untuk anda yang sedang berdiet, boleh la beli Celery dan buat salad atau jus. Nak goreng atau buat sup pun boleh.

KEDUA :
  • Celery mengurangkan keradangan. Ia berkhasiat untuk anda yang mempunyai sakit sendi, asma, jangkita paru-paru, alergi ataupun masalah jerawat.

KETIGA :
  • Celery boleh dijadikan kudapan yang menyihatkan. Ia mengandungi mangnesium dan minyak pati yang memberikan kelegaan kepada sistem saraf. Jadi untuk anda yang kerap berasa tertekan atau stress dan sukar tidur malam, amalan makan celery atau minum jus celery memang sangat membantu.

KEEMPAT :
  • Celery berkhasiat untuk membantu sistem penghadaman. Celery mempunyai kandungan air dan fiber yang agak tinggi dan sesuai untuk anda yang kerap menghadapi masalah sembelit.

KELIMA :
  • Celery mengandungi garam organik yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.

KEENAM :
  • Celery kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata. Ia dapat melindungi mata dan mengelak dari kemerosotan penglihatan akibat umur yang semakin meningkat.

KETUJUH :
  • Menurut kajian amalan memakan hanya dua batang Celery sehari dapat membantu menyingkirkan kolestrol jahat.

KELAPAN :
  • Berita baik untuk anda yang berdepan masalah tekanan darah tinggi kerana Celery dapat membantu menurunkan tekanan darah terutamanya jika diambil secara mentah.

KESILAPAN :
  • Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa Celery dapat melawan penyakit kanser. Pengambilan Celery secara konsisten dapat menghalang pertumbuhan sel kanser terutamanya kanser payudara dan kanser pankreas.

P/S :  Jika hendak membeli Celery, pastikan anda pilih batang Celery yang kelihatan masih ranggup dan mudah patah bila dibengkokkan. Daunnya pula masih segar dan warnanya agak gelap. Celery yang dipotong segar dapat mengekalkan kandungan nutrien ketika anda memakannya.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.



from Klik Disini http://ift.tt/2e14oLr
Khasiat Celery Untuk Kesihatan ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+