-->
Senin, 31 Oktober 2016

4 TANDA HIDUP TAK BERKAT - Resep Maskan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

4 TANDA HIDUP TAK BERKAT

Kita mungkin tak sedar bahawa hidup kita ini sebenarnya tidak berkat.
Bagaimana kita mahu tahu jika hidup kita ini berkat atau tidak?

Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak, tapi cepat habis.
  • Tak tau duit pergi mana.
  • Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup je, tak pernah yang cukup.
  • Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia.
  • Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah.
  • Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja tapi tak siap-siap.
  • Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu yang tak dapat manfaat.
  • Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang lain pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
  • Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir dan wirid entah ke mana, Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri.

Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan hidup?

Salam Ukhuwah..~




from Klik Disini http://ift.tt/2f53Bda
4 TANDA HIDUP TAK BERKAT - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+