-->
Senin, 31 Oktober 2016

FITNAH AKHIR ZAMAN MELALUI MEDIA SOSIAL - Resep Maskan


FITNAH AKHIR ZAMAN MELALUI MEDIA SOSIAL

Jika kita terliti dengan halus tentang berita, maklumat, rencana, video clip, poster, gambar yang dimuat turun dalam facebook hampir 90 % daripada nya mempunyai unsur2 keduniaan, termasuk banyak perkara yang menyalahi hukum syariat. sama ada dalam bentuk gambar, video clip, poster dan sebagainya.

Hanya sekitar 10% sahaja hanya mempunyai unsur dakwah dan usaha amar ma'ruf nahi munkar yang akan memberi manfaat.

Sebahagian besar daripada postings yang kita terima dalam News Feed facebook merupakan perkara yang mudarat dan sia sia sahaja.

Malah banyak yang memaparkan gambar2 wanita ajnabi yang rata2 mendedahkan aurat, malah ada yang terserlah bahagian "dada", peha dan sebagainya

Ada juga yang amat keterlaluan sehingga sukar untuk dinyatakan di sini.

Semua pengguna facebook pasti menghadapi situasi yang sebegini.

Bagi kaum lelaki memang sukar bila disogokkan dengan "gambaran" yang sudah tentu menguji keimanan di dada yang mana "nafsu" dalam diri pasti memberontak ingin turut bersama menikmati "keindahan" paparan yang membangkitkan syahwat

Oleh yang demikian, kita harus menggunakan kebijaksanaan kita sebagai seorang Muslim memilih serta menapis secara bijak supaya kita dihindarkan daripada melakukan kemaksiatan dan jadi syubhah yang mungkin merosakkan keimanan dan ketaqwaan kita teriutama sekali di kalangan generasi muda Islam .

Semoga Allah memelihara kita daripada bencana di akhir zaman yang dipenuhi berbagai bagai fitnah.



from Klik Disini http://ift.tt/2f0EAlV
FITNAH AKHIR ZAMAN MELALUI MEDIA SOSIAL - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+