-->
Rabu, 12 Oktober 2016

6 Jenis Sarapan Yang Boleh Membantu Anda Turunkan Berat Badan ~ klik disini - Resep Maskan


Jenis Sarapan Yang Membantu Turunkan Berat Badan

1- Oat :
  • Jika sebelum ini ada biasa makan nasi lemak atau roti canai sebagai sarapan, apa kata anda gantikan dengan pengambilan oats pula. Oats bukan sahaja rendah kalori tetapi akan membuatkan anda rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.

2- Telur :
  • Antara menu yang mudah dihidangkan di waktu pagi adalah telur dadar atau telur separuh masuk. Telur rendah kalori tetapi kaya dengan kandungan protein.

3- Smoothies :
  • Ada segelintir yang memberi alasan, susah nak telan makanan di awal pagi. Jika anda juga berdepan masalah sebegitu, kami syorkan anda amalkan mengambil smoothies di waktu pagi. Anda hanya perlukan secawan susu rendah lemak dan kisarkan dengan buah-buahan yang anda gemari. Jangan lupa tambahkan ais masa nak mengisar. Buah-buahan kaya dengan vitamin dan susu pula tinggi kandungan kalsium. Jadi dengan minum segelas smoothies, anda sudah mendapat sarapan yang menyihatkan.

4- Sandwich Tuna :
  • Anda juga boleh bersarapan dengan makan sandwich tuna yang menggunakan roti gandum. Bukan roti putih ye. Pastikan anda tambahkan juga dengan sayur-sayuran seperti tomato, salad atau timun untuk mendapatkan satu sarapan yang lengkap dan berkhasiat.

5- Pancake :
  • Kebiasaannya kita buat pancake guna tepung gandum kan, tetapi untuk anda yang ingin kurus, apa kata anda cuba buat pancake dengan tepung jagung. Lepas itu taburkan dengan kekacang dan sedikit syrup.

6- Buah-buahan dan Sayur-sayuran :
  • Anda juga boleh amalkan mengambil buah atau sayur yang anda gemari sebagai sarapan anda. Dimakan mentah atau dikisar untuk dijadikan jus.

P/S : Apa yang penting adalah menikmati hidangan-hidangan yang berkhasiat. Variasikan hidangan agar anda tidak mudah jemu. Tapi pilih yang rendah kalori ya.

Segala penulisan di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.



from Klik Disini http://ift.tt/2dKTZ7M
6 Jenis Sarapan Yang Boleh Membantu Anda Turunkan Berat Badan ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+