-->
Rabu, 12 Oktober 2016

Cara Menghasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah ~ klik disini - Resep Maskan


Cara Hasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah

1- Sitrus Dan Garam Laut
  • Untuk anda yang menggemari bauan dari sumber sitrus, anda boleh pilih untuk menggunakan lemon, limau nipis atau limau mandarin. Nak gunakan limau purut pun boleh. Kemudian belah buah sitrus kepada dua bahagian dan taburkan garam laut, bunga cengkih ataupun daun basil di atasnya. Letakkan potongan buah sitrus di atas meja, kabinet ataupun di atas lantai penjuru bilik. Bau yang terhasil dari potongan buah sitrus ini akan menghilangkan bau kepam atau bau lembap di sekitar ruang kediaman.

2- Epal, Kulit Kayu Manis Dan Sitrus
  • Bagi yang menggemari bauan yang agak unik, apa kata anda cuba tiga bahan yang ini pula. Gabungan epal, kulit kayu manis dan sitrus akan menghasilkan aroma ala-ala musim luruh. Apa yang diperlukan adalah 2 biji epal, kulit limau mandarin atau oren sunkist, 5 atau 6 batang kulit kayu manis dan air. Anda hanya perlu satukan kesemua bahan-bahan ini di dalam periuk dan panaskan. Kalau anda inginkan aroma yang lebih kuat, anda bolehlah tambahkan dengan sedikit bunga cengkih dan gantikan kulit oren dengan hirisan buah oren pula. Selepas siap dipanaskan, anda hanya perlu tuang ke dalam mangkuk atau cawan dan letakkan di atas meja untuk mewangikan ruang tersebut.



3- Vanilla Kopi
  • Untuk si penggemar kopi pula pasti akan menyukai aroma ini. Bau kopi pasti akan menyegarkan ruang kediaman anda dan membangkitkan rasa kecergasan. Caranya anda hanya perlu masukkan biji kopi ke dalam mangkuk kecil dan letakkan lilin yang mempunyai aroma vanila ditengahnya. Nyalakan lilin vanila tersebut. Gabungan aroma kopi dan vanilla pasti akan membuatkan anda rasa segar.

Semoga artikel Cara Hasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah ini membantu anda berasa lebih segar dan tenang bila berada di rumah.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, Selamat Mencuba & Dipersilakan Share



from Klik Disini http://ift.tt/2dWhF8I
Cara Menghasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+