8 SEBAB KENAPA PEREMPUAN TAK NAK KAHWIN
1. Belum sampai jodoh
"Kalau ada jodoh, tak ke mana.."
Mesti you all dah biasa sangat dengar ayat ni kan, lebih-lebih lagi dari golongan yang lebih tua. Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalau jodoh mereka kuat,
"Asam di darat, ikan di dalam kuali pun boleh bertemu..!"
So, it's safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kahwin-kahwin ialah kerana mereka 'belum bertemu jodoh'.
2. Terlalu memilih
Dulu lain, sekarang lain. Dulu, anak-anak gadis belasan tahun dah dijodohkan awal-awal oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pulak dengan wanita zaman moden ni. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun. Asalkan tak TERLALU memilih. Ni tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si 'Average Joe' (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya :) Cuba lihat sekeliling anda.. Jika ada jejaka 'nerd' atau 'geek' yang ala-ala Clark Kent gitu, trylah tackle mereka ye.. Tak mustahil jika merekalah 'Super Hero' yang anda cari-cari selama ni.. :)
3. Takut dapat suami yang tak baik
Ni mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita. Takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalau nak cari yang betul-betul 100% perfect tu memang la susah, kan..? Dalam sejuta mungkin tak de lagi. Sekarang ni pun kalau baca paper, tiap-tiap hari ada je kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ade.. Hishhh.. Cemane wanita tak takut..? Memang logik jugak la kan kalau ada wanita tak mau kawin..
4. Pernah putus cinta
Bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau cemane seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan..? Kengkadang, perasaan ni la yang akan menghalang seseorang tu daripada fall in love again. Pada mereka, kalau tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka nie rela membujang sampai ke tua..
5. Tak mau dikongkong
Kebanyakan wanita sekarang nie suka bebas dan tak suka dikongkong. Mereka rasa jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak keje sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dan sebagainya lagi lah.
6. Pentingkan kerjaya / karier
Kadang-kadang, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden nie sudah bleh ‘mengalahkan’ lelaki dalam melakukan apa-apa kerja. Cayalah..! Justeru ada yang lebih mengejar karier / kerjaya daripada lelaki. Mungkin jugak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong family dulu, and then baru fikir nak settle down. Tapi biasa la kan, masa tak tunggu kite. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30an atau 40an dah.. So, wanita bekerjaya (yang belum kawin), renung-renungkanlah ye.
7. Pilihan hati mendapat bantahan keluarga
Apabila hal ni berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik toksah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camnie memang ada berlaku.
8. Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki
Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la ni. Nak tau sikap ape..?Apa lagi kalu bukan sikap mereka yang suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yang mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii.. Boleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia.. But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin jugak wanita yang berasa kecewa ni dah jadi malas dah nak fikir pasal kawin. Kalau kahwin pun, takut laki akan cari yang lain pulak yang ada 'rupa'. So, baik toksah kawin langsung..
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.
from Klik Disini http://ift.tt/2dwRtme
8 SEBAB KENAPA PEREMPUAN TAK NAK KAHWIN ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah