Perbezaan budak dulu dan sekarang.
Remaja dulu lasak dan lebih survival berbanding remaja sekarang? Ada setuju? Entah. Aku tak sure la pulak tapi boleh kata nampak banyak bezanya dari segi pemikiran dan tindakan. Let's see:
YANG PERTAMA : Remaja dulu2 lebih dengar cakap berbanding remaja zaman sekarang. Kalau mak bapak kata jangan buat, memang kita takkan berani nak buat. Sebab memang dah diasuh dari kecil supaya tak melawan cakap mak bapak. Nowadays, mak bapak lebih sporting, lebih terbuka dalam mendidik anak2 dan kebanyakannya lebih suka anak anggap mereka seperti BFF forever. Katanya ikut peredaran zaman gitu. Hmmmmmm..
YANG KEDUA : Kalau dulu mak bapak selalu merotan anak untuk tujuan mengajar, tapi sekarang kalau rotan anak jer, dikata nak mendera anak pulak. Betul ke? Itu aku tak pasti tapi sebab aku ni kategori remaja dulu2 aku dibesarkan dengan rotan dan tali pinggang polis. Tapi, still aku tak repot polis pun kalau parents aku pukul aku. Sebab, senang jer. Memukul untuk mendisiplin dan mengajar anak itu perkara biasa bagi aku. Sometimes, memang kita kena rotan anak. Macam aku cakap tadi, rotan utk mengajar anak tak pe. Pada aku la. Janji tak mati keras budak tu sudah. Sebab pengalaman aku dengan anak2 saudara sendiri. Perangai nakal macam setan. Sebab? mak bapak sentiasa ada attitude ni:
"Ala..tak pe. Budak tu kecik lagi. Biar je. Budak2 kan...memang la bergaduh."
Betul. Tapi dari sini kita dah tengok perangai budak tu macam mana dan apa tindakan kita sebagai ibu bapa utk betulkan anak2 masing. Still. Ramai yang fail. Sebab "sayangkan anak".
YANG KETIGA : Remaja dulu2 bila kena rotan kat sekolah cakap kat mak bapak, mak bapak sound kita balik. Marah kita balik. Tapi remaja sekarang bagitau mak bapak kena rotan kat sekolah mak bapak datang sekolah sound cikgu pulak. Aik, dah terbalik. No wonder anak ko pun..***
YANG KEEMPAT : Remaja dulu2 tak perlukan gadget pelik2. Cukup dengan main botol, papan karem,batu seremban, congkak dan macam2 lagi permainan budak2 dulu selalu main. Still we enjoy it wholeheartedly. Remaja zaman sekarang, gadget based. Kalau boleh sumer gadget terbaru nak dibeli. Sebab tu ramai jadi "zombie" sekarang nih.
YANG KELIMA : Remaja zaman dulu pergi beraya still lagi ada effort nak bertegur sapa dengan sedara mara. Remaja sekarang? belum tentu kenal sapa sedara masing2. Sibuk katanya. Sibuk main game handphone. Tak pun..tenet..tenet..internet.
YANG KEENAM : Remaja zaman dulu masalah sosialnya tak seteruk zaman sekarang. Sekarang, sex is nothing. Kondom pun boleh beli direct kat farmasi. Sebab tu banyak benau kes buang anak . Nak gugurkan kandungan pun beli pil via online jer. Semudah ABC. Macam mana tu?
YANG KETUJUH : Remaja zaman dulu biasa2 jer. Remaja zaman sekarang, materialistik. Tak caya cuba tengok kat shopping complex. Nak minum kopi kat cafe mewah jer. Nak beli baju, cari Zara jer. Nak beli perfume, kat Sephora jer. Dan macam2 lagi lah.
YANG KELAPAN : Remaja zaman dulu tak kisah takde boyfriend/girlfriend. Remaja zaman sekarang, Wajib ada pasangan masing2. Macam laki bini plak aku tgk. Kawinnya tidak.
YANG KESEMBILAN : Beza remaja fresh grad dulu, carik pengalaman lebih penting dari gaji. Remaja fresh grads sekarang, orang bagi opportunity kerja, tanya basic salary dulu berapa. Cheh. Keje dulu ..carik pengalaman dulu baru sembang pasal duit. Tak kerja, menganggur, salahkan kerajaan. Haish.
YANG KESEPULUH : Last but not least, remaja zaman dulu , pemikirannya simple tapi daya tahan pressure, stress tinggi. Remaja zaman dulu bukan attention seekers, but they know how to survive. Remaja zaman sekarang, lebih suka post something yang pelik2 for attention dan dok tunggu how many likes you got on Facebook. Seriously?
P/S : Pendapat hanya luahan peribadi
from Klik Disini http://ift.tt/2e3oINd
Beza budak dulu dan sekarang ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah