-->
Senin, 10 Oktober 2016

Cara Membaca Surah Pendek dalam Solat ~ klik disini - Resep Maskan



Cara Membaca Surah Pendek dalam Solat 

Jenis Surah
  • Nabi s.a.w. tidak menentukan mana-mana solat dengan surah tertentu kecuali solat Jumaat, Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. Justeru bebas membaca apa-apa surah bagi solat-solat fardu.

Kaedah Bacaan
  • Baginda s.a.w. membaca surah dengan menghabiskan satu surah dalam satu solat sama ada panjang atau pendek. Baginda juga kadang-kadang menggunakan dua rakaat bagi menamatkan sesuatu surah agar tidak terlalu panjang. Ada kalanya juga Baginda membaca awal, tengah dan akhir surah. Baginda juga memanjangkan bacaan dalam solat Subuh kerana bacaan ketika itu dipersaksikan oleh para malaikat.” (Al-Mughni, jil. 2, hlm. 42)

Membaca Surah Mengikut Tertib Surah
  • Lebih elok membaca mengikut tertib susunan surah al-Quran. Ini kerana susunan itu datang daripada Allah s.w.t. Malah terdapat athar yang menunjukkan kurang elok mengabaikan susunan tertib surah ini sebagaimana disebutkan daripada Ibn Mas’ud: “Sesungguhnya ditanyakan kepada Umar al-Khattab r.a. berkenaan mereka yang membaca al-Quran yang tidak mengikut susunan (dalam solat). Jawab Umar: ‘ltulah orang yang terbalik hatinya. (Riwayat al-Tabarani)

Bagaimanapun, jika ada yang membaca tidak mengikut susunan, ia tidaklah haram. Ini jelas daripada sebuah dalil yang menunjukkan Nabi sendiri pernah membaca tidak mengikut susunan. Justeru, mengikut tertib ini kekal sebagai perkara yang digalakkan dan sunat sahaja.




from Klik Disini http://ift.tt/2dHxUHg
Cara Membaca Surah Pendek dalam Solat ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+