Khasiat Buah Betik Untuk Kecantikan
Mengatasi Masalah Bintik Hitam Di Wajah
- Jika anda mempunyai masalah bintik-bintik hitam di wajah, anda boleh cuba petua menggunakan betik dan susu. Buah betik akan berperanan menjadikan kulit wajah anda lebih halus dan lembut manakala susu pula bersifat sebagai pemutih dan menjadikan kulit anda lebih berseri.
- Apa yang perlu anda lakukan adalah, kupas kulit betik, kemudian kisar halus dan campurkan dengan sedikit susu. Sapukan ke seluruh wajah anda terutamanya di bahagian yang sering kelihatan bintik-bintik hitam. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang lebih berkesan.
Membantu Menghilangkan Jerawat
- Untuk anda yang mempunyai masalah jerawat di wajah, ia mungkin dapat diatasi dengan penggunaan buah betik. Anda perlu kisar buah betik yang telah ranum sehingga halus. Sapukan ke bahagian wajah yang berjerawat. Biarkan kering selama 15 ke 20 minit kemudian cuci muka dengan air yang bersih. Sebolehnya amalkan 2 atau 3 kali seminggu untuk melihat hasilnya.
Pelembab Kulit
- Buah betik tinggi dengan kandungan air. Ini membuatkan buah betik sangat sesuai dijadikan pelembab semulajadi untuk kulit. Anda hanya perlu kisarkan buah betik yang telah masak. Pastikan anda kisar halus. Selepas itu campurkan dengan sedikit madu. Campuran betik dan madu boleh anda jadikan masker bukan sahaja untuk muka tetapi boleh disapukan ke seluruh bahagian badan. Biarkan kering selama setengah jam, kemudian barulah cuci dengan air bersih. Kulit bukan sahaja akan lebih lembab tetapi ia juga menjadikan kulit lebih lembut dan berseri.
Perapi Rambut
- Ini berita baik untuk anda yang mempunyai masalah rambut kering. Betik berkhasiat untuk menjadikan rambut anda lebih lembut dan kelihatan bermaya. Untuk membuat perapi rambut dari buah betik, anda perlu kisarkan betik masak dan campurkan dengan minyak badam, yogurt dan madu. Selepas dibiarkan sejam, barulah cuci dengan air bersih.
Mengurangkan Garis Halus dan Kedutan Di Wajah
- Ingin awet muda selalu, rajin-rajin gunakan betik untuk wajah anda. Betik dapat melawan radikal bebas dalam tubuh dan secara tak langsung mencegah penuaan secara semulajadi. Ia juga mengurangkan kedutan dan masalah-masalah kulit antaranya seperti kulit kering dan kusam.
- Untuk awet muda, anda hanya perlukan sepotong buah betik yang telah masak, hacurkan dan lumur ke wajah. Urut secara lembut. Biarkan kering untuk 15-20 minit. Selepas itu bilas dengan air bersih.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.
from Klik Disini http://ift.tt/2e6iVqT
Khasiat Buah Betik Untuk Kecantikan ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah