-->
Minggu, 16 Oktober 2016

Resipi Jem Nenas Untuk Kuih Tat ~ klik disini - Resep Maskan


Resipi Jem Nenas Untuk Kuih Tat.

Bahan-Bahannya :
  • 4 biji nenas separuh masak (pastikan kulit luaran masih hijau kekuningan)
  • 2 cawan gula kasar (terpulang pada citarasa, nak lebih atau kurang pun boleh)
  • kulit kayu manis (boleh juga digantikan dengan bunga cengkih)
  • 3 helai daun pandan (sekadar untuk mewangikan lagi jem nenas)
  • 1 sudu teh pewarna kuning (untuk menambah keserian warna)

Cara Membuatnya :
  1. Mula-mula kupas dahulu kulit nenas dan bersihkan. Potong nenas kepada saiz yang lebih kecil supaya mudah dikisar. Tetapi jika ingin parut nenas tersebut, tak perlu dipotong.
  2. Setelah selesai parut atau kisar, tapis dan asingkan jus nenas yang berlebihan.
  3. Di dalam kuali ‘non stick’ satukan kesemua bahan-bahan yang tersenarai di atas. Kalau tak ada kuali yang tak melekat tu, guna kuali biasa sahaja.
  4. Kacau jem nenas supaya ia masak dengan sekata dan tidak hangus.
  5. Teruskan memasak sampai jem betul-betul kering.

Jem nenas yang telah siap dan disejukkan, bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Selepas sejuk, bentukkan ia menjadi bentuk bebola kecil untuk memudahkan bila anda ingin membuat kuih tat pula nanti.

Selamat Mencuba. Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.




from Klik Disini http://ift.tt/2evpR3v
Resipi Jem Nenas Untuk Kuih Tat ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+