-->
Rabu, 12 Oktober 2016

Khasiat Jering Untuk Kesihatan Yang Perlu Anda Tahu ~ klik disini - Resep Maskan


Khasiat Jering Untuk Kesihatan

1)Mengatasi Penyakit Anemia :
  • Anemia adalah masalah kurang sel darah merah dalam tubuh. Ia berlaku akibat kekurangan zat besi yang mengakibatkan pengeluaran sel darah merah berkurangan. Bila sel darah merah kurang, pengeluaran oksigen dan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh juga akan berkurangan. Ini akan membuatkan pesakit anemia merasa cepat penat, letih dan kurang bersemangat. Pengambilan buah jering yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dapat membantu mengatasi masalah kekurangan sel darah merah.

2) Mengawal Kadar Gula Dalam Darah :
  • Individu yang mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis memang disyorkan untuk makan buah jering. Menurut kajian buah jering mengandungi zat gula yang mudah diurai dan sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. Zat gula yang mudah urai ini akan menjadi tenaga oleh tubuh untuk meningkatkan stamina. Tidak seperti zat gula dalam makanan lain yang akan menyebabkan pengumpulan gula dalam darah.

3) Mengatasi Masalah Reput Tulang :
  • Buah jering juga kaya dengan kalsium dan fosforus yang merupakan antara dua zat penting untuk kesihatan tulang. Untuk pengidap penyakit oeteoporosis atau reput tulang memang digalakkan mengambil buah jering untuk membuatkan tulang menjadi lebih kuat dan sihat.

4) Merampingkan Perut :
  • Masalah perut buncit juga dapat diatasi dengan pengambilan buah jering. Buah kering dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan pembuangan air besar. Buah jering ini memang sesuai dimakan oleh individu yang mempunyai masalah sembelit.

P/S : pengambilan buah jering tidak sesuai untuk individu yang menghidap penyakit buah pinggang. Ini kerana buah jering bersifat diuretic yang mengandungi asid menyerupai kristal-kristal yang tidak dapat larut dalam air dan kemungkinan akan merosakkan lagi organ buah pinggang.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.

from Klik Disini http://ift.tt/2dLG59a
Khasiat Jering Untuk Kesihatan Yang Perlu Anda Tahu ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+