-->
Rabu, 05 Oktober 2016

Kiamat hanya Menanti Seruan Allah ~ Klik Disini - Resep Maskan

Gambar Hiasan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Percayakah kita bahawa kiamat hampir terjadi? Apakah bencana peperangan. gempa bumi, penyakit dan sebagainya adalah tanda-tanda kiamat kian menghampiri? Adakah ita benar-benar berada di hujung umur dunia? Jika semuanya anda yakini, sejauh manakah keyakinan dan keimanan anda? Setipis kulit bawang atau setinggi Gunung Everest? Jika anda memilih salah satu darinya, maka nilaian iman yang ada di hatianda masih teriaiu tipis kerana kedudukan iman terlalu tinggi dan mahal bagi mereka yang benar-benar mencintai Allah.

Setiap janji Allah adalah benar. Kiamat pasti akan terjadi. Di saat itu, iangit akan terbelah, gunung- ganang akan berterbangan. bumi dan seisinya akan hancur lebur. Tiada siapa yang akan terlepas dan terkecuali dari menghadapi hari kiamat. Gembiralah bagi mereka yang berimandan takutlah bagi mereka yang ingkar dan kafir.

Persoalan kiamat adalah perkara yangmembimbangkan dan menggerunkan kita. Jika diketahui bila peristiwa dahsyat ini akan terjadi, nescaya umat manusia akan sentiasa melakukan amal ibadah. Tiada siapa yang mengetahuinya Allah S.W.T. Hikmah Allah SWT menyembunyikan waktu kejadian hari kiamat adalah satu nikmat bagi kita agar sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnga hari kiamut ituakan datang. Aku merahsiakan (waktunya) agar tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang diusahakan.”

Namun begitu, Allah dengan kasih sayang dan hikmahNya menjelaskan kepada kita tanda-tanda yang terjadi mendahului kiamat. Tanda-tanda yang zahir akan memberi peringatan dan ancaman agar orang yang berdosa segera bertaubat dan orang yang insaf serta beriman menggandakan amalan.

Dunia hari ini telah dan sedang menempuhitanda-tanda kiamat itu. Bahkan debaran jantung sentiasa dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang terjadi dari masa ke semasa. Kini kita sedang merasakan kemerosotan umat Islam, para ulama’ diancam dan berkurangan, cabaran hebat terhadap iman, kemungkaran berleluasa di tengah-tengah masyarakat, keruntuhan moral, gempa bumi demi gempa bumi dan peperangan demi peperangan.

Masih buta dan tulikah kita akan tanda-tanda kiamat itu? Atau kita mahu mengatakan bahawa semua bencana yang terjadi adalah sifat semula jadi alam? Lupakah kita pada sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya:
“Tidak akan terjadi kiamat itu sehingga digenggam ilmu, berlaku banyaknya gempa bumi, singkatnya waktu, timbul fitnah (bal.a dan ujian) dan banyaknya‘ peperangan sehinggakan harta pada kamu melimpah” ruah.”

Bila membaca hadith ini, masihkah kita teringat pada tanggal 26 Disember 2004 yang lalu, seluruh dunia digemparkan dengan gempa bumi dan gerakan dasar laut “Tsunami” di Indonesia dan rantau Asia Tenggara.Kematian dan kehilangan yang dianggarkan lebih dari 280 ribu orang benar-benar menyayat hati. Peristiwa itu begitu mendapat liputan umum, namun berapa ramaikah manusia yang menyedari hakikat dan hikmah di sebaliknya? Hingga kini rnanusia terus enak dan lena di buai mimpi tipuan kehidupan dunia. Leka dan butakah manusia untuk menilainya atau hati telah Allah S.W.T tutupkan dari mendapat petunjukNya? Nauzubillah… sedarlah apa sahaja bencana alam yang berlaku adalah di antara tentera-tentera Allah yang diturunkan untuk mengazab mereka yang berdosa, menguji mereka yang soleh dan memberi pengajaran kepada mereka yang terselamat. Saidina Ali R.A menyebutkan:

Maksudnya:
 “Tidak berlaku sesuatu azab itukecuali kerana dosa dan tidak akan terangkat kecuali 
 dengan taubat.”

Jika kita memiliki sekeping hati yang hidup, sedar dan bertaubatlah serta gandakanlah amal ibadah kerana kiamat di ambang dunia menanti saat seruan dan arahan Allah. Gempa bumi, peperangan, kemelesetan, ekonomi dan sebagainya akan mengukuhkan iman di hati dan mendorong kita bertaubat serta kembali kepada Allah jika ia dihayati dan diambil iktibar. Allah S.W.T memberikan isyarat bahawa semua yang terjadi merupakan tanda kiarnat agar manusia sentiasa beringat dan menyiapkan ‘bekalan’.

Perlukah dihuraikan disini satu persatu peristiwa dunia yang mencerminkan secara serius kiamat harnpir tiba? Rasanya tidak kerana kita punya akal, mata, telinga dah hati untuk meneliti semuanya. Usah dituding jari ke sana ke sini mencari kesilapan dan kesalahan atas kejatuhan atau kemerosotan sesuatu negara tetapi ingatlah itu juga berupa acaman Allah S.W.T. Segeralah bertaubat dan gandakanlah amalan.

Peperangan demi peperangan dan penindasan yang dilakukan oleh pihak kuffar ke atas umat Islam amat menyedihkan. Bilakah segala kekejaman mereka itu akan berhenti? Bilakah Islam akan kembali gemilang dan Al-Quran dijadikan dustur sebagaimana umat di zaman Rasulullah dahulu? Rindunya kita untuk menikmati hidup sebegitu. Hakikatnya ia telah Allah S.W.T ancamkan melalui kalam Rasulnya Muhammad s..w bahawa itulah di antara tanda-tanda kecil kiamat sebelum berlakunya tanda-tanda besar. Jika tanda-tanda yang kecil pun telah menyakitkan dan menyiksa manusia, maka bagaimanakah yang besar?

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.





from Klik Disini http://ift.tt/2dIrLbO
Kiamat hanya Menanti Seruan Allah ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+