Petua hilangkan lingkaran hitam di sekeliling mata
Lingkaran lebam berwarna gelap yang berlaku di bahagian bawah mata merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh masyarakat. Biasanya lingkaran tersebut berlaku kerana faktor tidak cukup tidur, buat kerja tanpa rehat yang cukup dan belajar sehingga lewat pagi yang kebiasaannya berlaku dalam kehidupan seorang pelajar. Oleh itu, ia akan membuatkan wajah kurang berseri-seri akibat masalah lebam di bawah di bawah mata tersebut. Berikut merupakan petua dan tips yang boleh anda cuba untuk menghilangkan masalah lebam:
Hilangkan lingkaran hitam di sekeliling mata
- Anda boleh mencuba dengan memotong sebiji kentang lalu dihiris tipis menjadi beberapa keping. Setelah itu lekapkan hirisan kentang tersebut di sekeliling pada kedua belah mata. Biarkan ia selama 10 hingga 20 minit setelah itu cuci menggunakan air bersih.
Hilangkan kesan hitam yang berada di bawah mata
- Anda boleh mencuba dengan memerah lemon dalam cawan. Setelah itu sapukan perahan secara perlahan di sekitar bawah mata. Amalkan dua kali setiap hari.
Gunakan krim kontur mata
- Jika anda tidak mahu menggunakan petua di atas, anda boleh menggunakan krim kontur mata yang boleh didapati di pasaran. Namun, pastikan ianya adalah produk tulen dan tidak membahayakan. Ikut arahan krim tersebut untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Cukup rehat
- Anda hendaklah mempunyai rehat yang cukup kerana faktor masalah lebam bawah mata adalah tidak mendapat rehat yang mencukupo. Susun jadual dan tugasan anda dengan sistematik agar masa rehat anda tidak akan terganggu.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara dan petua yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share
from Klik Disini http://ift.tt/2dQsJHI
Petua hilangkan lingkaran hitam di sekeliling mata ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah