-->
Senin, 24 Oktober 2016

Petua cara mengelakkan periuk menjadi hitam dan berjelaga. - Resep Maskan


Petua cara mengelakkan periuk menjadi hitam dan berjelaga.

Tak larat rasanya kalau nak menyental 'bontot' periuk setiap kali selepas memasak. Memang masalah ini selalu berlaku. Bukan saja periuk, bahkan kuali juga begitu. Berjelaga dek kerana panas terkena api. Apatah lagi periuk yang baru dibeli, memang sayang untuk digunakan kerana bimbang bahagian bawahnya akan menjadi hitam dan berjelaga.

Kesan hitam itu juga agak sukar untuk dibersihkan lebih-lebih lagi jika ia digunakan di atas api dapur kayu. Usah bimbang, ada cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini. Anda hanya perlukan:

BAHAN-BAHAN:

Periuk
Minyak masak

CARA-CARA:

1. Bersihkan bahagian luar periuk dan keringkan.
2. Sapukan lapisan nipis minyak masak pada bahagian dalam dan luar periuk setiap kali sebelum ia digunakan.
3. Insya-Allah periuk anda tidak akan menjadi hitam.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi petua yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share



from Klik Disini http://ift.tt/2epx9Xm
Petua cara mengelakkan periuk menjadi hitam dan berjelaga. - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+