Resepi Kuih Koleh Kacang / Talam Kacang Hijau
Bahan-bahan:
- 300g kacang hijau - rendam sekurang-kurangnya 2 jam
- 4 cawan air
- 3 cawan santan pekat
- 450g gula Melaka - potong kecil-kecil
- 1/2 cawan air
- 2 shelai daun panda
- tahi minyak untuk taburan
Cara Penyediaan:
- Basuh kacang hijau dan masukkan ke dalam periuk tekanan tinggi atau periuk bertutup bersama 4 cawan air. Masak selama 20 minit atau sehingga kacang kembang dan lembut.
- Pindahkan kacang hijau yang telah masak ke dalam pengisar (blender) bersama santan. Kisar hingga halus. Tambah sedikit santan jika blender sukar untuk berfungsi.
- Cairkan gula melaka bersama 1/2 cawan air di atas api sambil dikacau. Kemudian tapis ke dalam blender. Kacau hingga mesra.
- Tuangkan adunan ke dalam kuali bersama daun pandan. Kacau atas api sederhana dengan senduk kayu supaya tiada kerak terhasil. Masak hingga pekat dan kental. Setlah masak, keluarkan daun pandan.
- Sendukkan adunan ke dalam loyang petak 18cm x 27cm dan ratakan bahagian atas semasa masih panas. Taburkan tahi minyak. Biarkan sejuk sebelum potong.
Penyediaan Tahi Minyak:
- 1 cawan santan pekat
Cara penyediaan:
- Masukkan santan ke dalam kuali dan kacau atas api kecil dengan senduk kayu sehingga kental dan berminyak anggaran selama 35 minit. Tutup api dan toskan minyak.
Selamat mencuba & Dipersilakan share.
from Klik Disini http://ift.tt/2e5D9ht
Resepi Kuih Koleh Kacang / Talam Kacang Hijau Maksu - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah