Resepi Kuih Pau Goreng Maksu
BAHAN PAU:
- 500 gm tepung kuih pau
- 6 gm yis segera
- 50 gm minyak sayur
- 1/2 sudu teh garam
- 100 gm gula halus
- 250 gm air suam
BAHAN INTI:
- 200 gm kacang merah
- 100 gm gula perang
- ½ sudu teh gula merah
- ½ sudu teh garam
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti pau, rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
- Kemudian masukkan kacang dan air ke dalam bekas pengisar dan kisar sehingga halus.
- Masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pekat.
- Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat kulit pau pula, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
- Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
- Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50 gm.
- Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
- Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
- Kemudian isikan intinya dan selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama sejam.
- Selepas sejam barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya. Goreng sehingga warna keperangan.
Selamat mencuba & Dipersilakan share.
from Klik Disini http://ift.tt/2eUZ8bT
Resepi Kuih Pau Goreng Maksu - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah