10 TIPS BERKESAN UNTUK MENJAGA HATI YANG TERSAYANG
#1. Mendengar: Berikan ini kepada yang memerlukan, dan andau hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana anda hendak membalas.
#2. Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri anda.
#3. Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
#4. Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
#5. Puji-Pujian: Sesuatu yang mudah seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang anda sayang.
#6. Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dan lain-lain.
#7. Bersendirian: Ada ketika anda hanya mahu bersendirian. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya anda sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
#9. Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tidak mengapa, anda masih menang.
#10. Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa anda.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share
from Klik Disini http://ift.tt/2fNroit
10 TIPS BERKESAN UNTUK MENJAGA HATI YANG TERSAYANG - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah