-->
Senin, 14 November 2016

CARA-CARA MEMBUAT ASAM PEDAS MELAKA YANG TERBAIK - Resep Maskan


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
  • Bawang merah (kecil) 6 ulas
  • Bawang putih 4 ulas
  • Halia sebesar ibu jari
  • Kunyit separuh dari halia atau kalau serbuk satu sudu kecil
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Serai sebatang/ dua dititikkan
  • Bunga kantan
  • Daun kesum atau daun limau purut
  • Satu sudu kecil kerisik
  • Asam jawa sebesar ibu jari
  • Cili kering yang telah dimesin sebanyak 4 susu besar
  • Ikan
  • Air
  • Garam
  • Gula jika perlu
  • Serbuk perasa jika perlu
  • Minyak masak
  • Sayur seperti bendi atau terung atau tomato

Cara Membuatnya ialah:-
  • Masukkan minyak masak, apabila minyak panas, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan belacan yang telah dikisar atau ditumbuk terlebih dahulu. Tumiskan bahan-bahan tersebut dan masukkan serai. Setelah naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar. Tumiskan sehingga pecah minyak atau nampak sedikit garing.
  • Setelah itu masukkan air asam jawa dalam anggaran semangkuk dan tambahkan 2 mangkuk air biasa. Apabila kuah tersebut sudah berwap (biasanya sebelum mendidih), masukkan ikan dan daun limau atau daun kesum dan bunga kantan. Biasanya ikan yang digunakan untuk memasak asam pedas ialah ikan kembung (mabong), ikan tenggiri, ikan parang, ikan siakap, ikan terubuk atau ikan pari. Petua nenek saudara saya, kalau memasak asam pedas menggunakan daun limau tidak boleh dicampurkan dengan daun kesum nanti rasanya lari. Begitulah juga sebaliknya.
  • Apabila ikan hampir masak, bolehlah dimasukkan kerisik dan sayur seperti bendi atau terung atau tomato. Kalau tidak ada kerisikpun tak apa kerana ia bukanlah bahan yang akan mencacatkan masakan. Kerisik ini akan menambahkan kesedapan masakan.Sebaik sahaja kuah mendidih, masukkan garam. Ada yang suka masukkan sedikit gula untuk mengurangkan atau menyeimbangkan rasa pedas kuah tersebut. Biasanya kami sekeluarga tidak meletakkan gula dalam masakan asam pedas. Akhir sekali, apabila kuah sudah mendidih, boleh letakkan sedikit serbuk perasa jika perlu.
Selamat mencuba Uolsss.. & Dipersilakan share.


from Klik Disini http://ift.tt/2fRk9rW
CARA-CARA MEMBUAT ASAM PEDAS MELAKA YANG TERBAIK - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+