-->
Kamis, 24 November 2016

7 Tips Untuk Hilangkan Gagap - Resep Maskan


Saya ada terbaca satu artikel yang membincangkan tentang gagap dan cara mengatasinya. Mari kita lihat bagaimana gagap boleh dirawat dengan betul. 

(*)1. Berlatih untuk bercakap dengan lancar.

(*)2. Latihan membaca dengan kuat. Kalau rasa malu, lakukan di tempat yang tertutup.

(*)3. Latihan berpidato sendiri, ini juga bagus untuk membina keyakinan diri.

(*)4. Biasakan bercakap perlahan-lahan, banyak bercakap dan boleh berlatih bercakap dengan semua benda samada orang atau kerusi, meja, pokok dan sebagainya.

(*)5. Terapi air panas di campur garam dipercayai berkesan untuk hilangkan gagap. Caranya siramkan air panas yang telah dicampur dengan garam di ubun-ubun setiap pagi. Lakukan setiap hari, in sha Allah boleh sembuh tetapi dengan syarat jangan minum ais.

(*)6. Gagap boleh dirawat dan akhirnya hilang seiring dengan masa dan kedewasaan seseorang. Keadaan persekitaran yang memaksa kita berinteraksi dan bergaul dengan ramai orang pun boleh menyembuhkan gagap. Dengan lebih mendekatkan diri kepada Allah maka hati menjadi tenang dan sering berlatih, juga buangkan rasa takut, pasti gagap itu boleh hilang.

(*)7. Cara yang terakhir adalah dengan berfikir positif (ikhlas). Jangan pernah anggap yang anda itu gagap. Berfikir secara tenang dan positif bahawa kita boleh bercakap dengan jelas dan lancar. Seterusnya letak dalam mindset bahawa kita boleh menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. 

Walau bagaimana pun, secara asasnya gagap bukanlah sejenis penyakit yang memudaratkan. Ia menjadi perkara yang biasa pada pandangan mata kita yang tidak mengetahuinya melainkan orang yang gagap itu mula bercakap. Namun jangan sisihkan mereka kerana ia bukan penyakit berjangkit.

Selamat membaca. #InfoSemasaTerkini

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share





from Klik Disini http://ift.tt/2g9XtAu
7 Tips Untuk Hilangkan Gagap - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+