-->
Kamis, 24 November 2016

Petua Senaman Yang Mudah Untuk Kurus Dan Kempiskan Perut - Resep Maskan


Petua Senaman Yang Mudah Untuk Kurus Dan Kempiskan Perut

Lompat Bintang

(~)Buat senaman lompat bintang memang mudah. Buat perlahan-lahan pun tak mengapa. Masa sekolah dulu inilah senaman pertama yang cikgu ajar dalam pendidikan jasmani. Masih ingat tak? Dan, jika mengantuk pun kita boleh buat senaman lompat bintang.


(~)Kajian menunjukkan bahawa senaman lompat bintang membakar 100 kalori untuk setiap 10 minit lompatan yang dibuat dengan laju apabila dilakukan oleh seseorang yang memiliki berat sebanyak 165-paun, iaitu bersamaan 74 kilogram. Jika dilakukan dalam tambahan 10 minit lompat bintang, tiga kali seminggu, seseorang boleh kehilangan satu paun tambahan setiap 11 atau 12 hari tanpa mengubah diet orang itu. Ini bermakna makan macam biasa tetapi boleh turun berat badan.

(~)Senaman 'Sit up'
Senaman 'Sit-Ups' atau bangun duduk membantu mengempiskan perut. Amalan ini tidak akan dapat dilihat dalam masa yang singkat, tetapi perlu diamalkan secara konsisten. Senaman ini agak mudah juga, jadi orang gemuk yang nak kurus mesti boleh buat! Kalau tak boleh buat sorang-sorang...minta tolong teman anda pegang hujung kaki anda.

(~)Sentiasa pastikan meletakkan tangan di bahagian telinga berbanding dibelakang tengkuk bagi mengelakkan sakit /lenguh di leher dan belakang tubuh.

(~)Senaman sentuh ibu jari kaki
Sekiranya anda bosan dengan rutin 'sit-ups', cuba teknik senaman ini.

(~)Baring lurus di lantai, angkat tangan menghala ke ceiling, sambil itu juga angkat kaki anda supaya tangan dapat menyentuh ibu jari kaki (pastikan kedua tangan dan kaki dalam keadaan lurus) - biarkan dalam posisi ini untuk beberapa ketika dan jatuhkan tangan dan kaki ke kedudukan asal, ulang semula - lakukan 15-20 kali sehari.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi petua yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share





from Klik Disini http://ift.tt/2glE7HV
Petua Senaman Yang Mudah Untuk Kurus Dan Kempiskan Perut - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+