-->
Senin, 14 November 2016

Cara-Cara Membuat Kek Batik Marie Leleh - Resep Maskan

Gambar Hiasan

Bahan-bahan Kek Batik Marie Leleh
  • 1 paket biskut marie
  • 125 gram mentega
  • 150 gram coklat masakan
  • 3 biji telur
  • ½ cawan kecil susu segar
  • 3 sudu susu pekat
  • 80 gram milo/horlick
Bahan Hiasan
  • ½  Coklat masakan / Ganache
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 kiub mentega

Cara Membuatnya:
  1. Pukul telur sehingga hancur dan dan selepas itu, ketepikan telur itu dahulu.
  2. Panaskan susu segar di dalam periuk dengan api kecil tetapi jangan sampai mendidih.
  3. Masukkan susu pekat, milo, dan coklat masakan. Kacau hingga larut.
  4. Masukkan mentega dan telur, kacau hingga mendidih dan adunan menjadi pekat dan   berkilat.
  5. Masukkan biskut marie dan gaul hingga rata. Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.
  6. Masukkan ke dalam loyang atau acuan yang sesuai dan tekan hingga mampat.
  7. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Cara-cara Membuat Bahan Hiasan:
  1. Panaskan coklat masakan/ganache secara double boiler.
  2. Masukkan susu pekat dan mentega.
  3. Kacau hingga sebati.
  4. Keluarkan kek batik yang telah disejukkan dan tuang bahan hiasan ini di atas kek batik tersebut.

Selamat mencuba & Dipersilakan share.



from Klik Disini http://ift.tt/2gamgaV
Cara-Cara Membuat Kek Batik Marie Leleh - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+