Resepi Kuih Lapis Gardenia
Bahan-Bahan :
- 6 keping roti sandwic
- buang kulit tepi, siat kecil & rendam dengan 150 gm air
- 75 gm gula pasir
- 3/8 tsp garam
- 300 gm santan
- 150 gm air
- 90 gm tepung beras
- 30 gm tepung sagu
- 1 tsp coklat emulco
- pewarna kuning & oren
Caranya Membuat :
- Panaskan kukusan. Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi. Alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.
- Satukan air, santan, gula, garam dan masak hingga gula larut. Biarkan suam.
- Masukkan roti yang direndam bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
- Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas. Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati
- Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning, bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren, bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco. Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya sama tebal.
- Bila kukusan dah betul-betul mendidih, letakkan loyang dalam kukusan. Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit. Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit. Diikuti dengan selapis adunan oren. Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan. Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
Selamat mencuba uolsss & Jangan lupa share ye.
from Klik Disini http://ift.tt/2fTKiUM
Cara-Cara Membuat KUIH LAPIS GARDENIA yang enak. - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah