-->
Rabu, 16 November 2016

CARA-CARA MENYEDIAKAN RESEPI TOMYAM UDANG YANG ENAK - Resep Maskan


CARA-CARA MENYEDIAKAN RESEPI TOMYAM UDANG YANG ENAK

Bahan-bahannya:
  • 500 g udang saiz besar
  • Kobis bunga
  • 1 batang karot
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 sudu makan paste tomyam
  • 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 3 helai daun limau purut - dibuang batang tengahnya
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 1 inci lengkuas - dihiris nipis
  • 2 pokok daun sup - dicincang
  • 2 mangkuk air

Cara-caranya:
  • Didihkan air dalam periuk. Masukkan bawang besar, serai dan lengkuas. Biarkan mendidih.
  • Masukkan paste tomyam dan karot. Biarkan mendidih.
  • Masukkan kobis bunga dan daun limau purut. Biarkan mendidih lagi sekali. (Kalau nak pedas bolehlah dimasukkan cili padi yang dititik sahaja)
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan jus limau nipis. 
  • Masukkan buah tomato dan daun sup. Kacau sebentar dan kuah mendidih.
  • Tutup api. Baru masukkan udang. Kacau-kacau sebentar hingga kulit udang bertukar merah. (Kuah yang panas akan memasak udang tadi). 
  • Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba & Dipersilakan share.



from Klik Disini http://ift.tt/2f0IsiR
CARA-CARA MENYEDIAKAN RESEPI TOMYAM UDANG YANG ENAK - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+