Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah,
(*)Sakit senggugut hanya wanita sahaja yang tahu betapa sengsara ketika mengalaminya. Pada wanita-wanita yang selalu mengalami sakit senggugut cuba amalkan bacaan doa-doa ini yang mana captain pernah membuat rawatan kepada anak-anak perempuan ketika mereka sakit senggugut. Insha Allah dengan izinnya akan hilang terus kesakitan itu dan kembali normal.
(*)Kata seorang doktor kawan baik captain, sakit senggugut ini ada bersangkutan dengan jin apabila melibatkan darah kotor. Sebab itu apabila dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran, maka segeranya hilang kesakitan itu. Wallahu alam.
Cara-caranya.
Minta ayah, abang kandung atau kawan terdekat buatkan air bacaan itu. Ambil segelas air kosong dan bacalah ayat-ayat dibawah tersebut. Ditiupkan pada air setiap kali baca.
1. Shalawat - 3x.
2. Al-Fatihah - 1x
3. Ayatul Kursi - 1x
4. Surah Al Nahl: Ayat: 65 - 3x
5. Surah Ali Imran: Ayat 5,6 - 3x
Insha Allah dengan izin-Nya. Moga-moga dipermudahkanNya.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.
from Klik Disini http://ift.tt/2exdfIG
DOA UNTUK HILANGKAN KESAKITAN KETIKA SEDANG MENGALAMI SAKIT SENGGUGUT - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah