Petua Menggebukan Kulit(muka/badan) & Menjadi Isteri Idaman Suami
1. Banyakkan meminum air masak
Air adalah sumber kehidupan. Dan badan kita sendiri terdiri lebih dari 60% air. Apa kaitan air dengan kecantikan kulit? Air digunakan untuk menghantar zat dari makanan ke seluruh badan. Jika air yang kita minum mencukupi, kulit kita akan menerima khasiat yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.
Pastikan puan meminum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong setiap hari bagi memastikan sistem badan berfungsi dengan baik. Air sebanyak ini diperlukan setiap hari untuk membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.
Air yang dimaksudkan ialah air kosong ya. Bukan air berperisa dan semestinya bukan air bergas. Tahukah puan, kolagen bawah kulit kita akan menyerap air dan menjadikan kita lebih anjal dan tegang. Sebab itulah, amalan meminum air yang mencukupi akan mencerah dan mencantikkan kulit.
2. Amalkan produk kecantikan kulit yang selamat
Puan mesti pening kepala dengan produk penjagaan kulit yang berlambak dipasaran. Mana satu yang berkesan untuk anda? Kerap kali, kita lebih mementingkan hasil yang cepat sebagai faktor utama membeli. Tetapi tahukah puan, produk yang mengandungi bahan kimia dan logam berat seperti merkuri biasanya memberikan hasil yang cepat?
Tetapi berbahaya kepada kesihatan. Lebih selamat menggunakan produk skincare terbaik semulajadi untuk jeragat seperti nutriwhite shaklee untuk jangka panjang. Selain bahan 100% semulajadi. Pastikan ianya halal. Baru boleh bawa solat. Cantik rupa luaran dan dalaman.
3. Cuci muka dengan air basuhan beras
Tahukah anda produk SK 2 Essence dari Jepun. Produk kulit ini berasaskan beras. Didapati sekian lama disana, beras berkhasiat menjadikan kulit cerah dan cantik. Berapa ramai dari kita yang tahu yang air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Mungkin tok nenek kita dahulu tahu perkara ni. Bukankah bedak sejuk dibuat dari beras?
Ambil air basuhan beras dan cuci muka kita setiap sehari dengannya. Ulang sebanyak dua kali sehari untuk hasil yang memuaskan. Buat berterusan dan lihatlah kulit pua aka lebih cerah dalam masa beberapa minggu. Air beras juga boleh disiram pada pokok buah buahan untuk buah yang lebih manis. Terbaikkan puan?
4. Amalkan makanan tambahan yang berkhasiat untuk kulit
Wanita zaman sekarang sangat sibuk dengan tugas dan tanggungjawab. Sampai mengabaikan kesihatan sendiri. Kita kerap sibuk memikirkan suami dan anak anak. Sehingga lupa untuk makan pada waktunya. Kesannya, ada yang kena gastrik dan penyakit lain diusia muda. Semua sebab kurang menjaga makan.
Cuba amalkan makanan tambahan yang sihat, samada pemakanan sunnah ataupun moden untuk rahsia kulit cantik dan gebu. Terdapat pelbagai suplemen di pasaran. Buat kajian dan selidik dulu. Produk mana yang selamat, halal dan berkesan. Cuba tanya kawan kawan dan ahli keluarga.
Pengambilan vitamin C dan protein yang mencukupi dalam diet seharian akan menjadikan kukit kita lebih tegang, awet muda dan cerah. Badan yang cukup zat, kulit juga akan nampak cantik dan cerah.
5. Buah buahan citrus seperti limau untuk mencantikkan kulit
Buah buahan citrus kaya dengan vitamin c yang terkenal sebagai cara memutihkan kulit secara semulajadi yang selamat. Penggunaan yang betul akan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan cerah.
Cara untuk melakukannya ialah dengan mengambil hirisan limau & dan jus limau yang baru diperah disapukan terus ke kulit muka. Biarkan selama beberapa ketika supaya kulit dapat menyerap vitamin C. Ulang setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan. Boleh juga hiris lemon dan masukkan ke dalam air minuman untuk rasa air yang menyegarkan.
6. Amalkan tomato dalam pemakanan
Tomato memang buah yang banyak khasiatnya. Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral. Malah ia juga kaya dengan antioksidan. Tahukah puan, buah tomato yang dimasak lebih berkhasiat daripada yang dimakan mentah. Tomato baik untuk kesihatan mata dan kulit yang sihat. Puan juga boleh menyapukan tomato kesuluruh badan untuk mendapatkan kulit yang cerah.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share
from Klik Disini http://ift.tt/2gsxHKI
Petua Menggebukan Kulit(muka/badan) & Menjadi Isteri Idaman Suami - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah