Resepi Kuih Apam Polka Dot
Bahan-bahan:
- 3 biji telur gred A (dari peti sejuk)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150gm susu segar/ susu cair (susu sejat)
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling strawberi/blueberi/ ikut suka - secukupnya
- Pewarna ikut suka
Cara penyediaan:
- Masukkan kesemua bahan kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk dan pukul dengan mixer pada kelajuan paling tinggi selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut suka.
- Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan sehingga 1/4 penuh. Picitkan filling secukupnya pada bahagian tengah. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. Ulang hingga habis.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah.
Selamat mencuba
from Klik Disini http://darahatiku.blogspot.com/2016/11/resepi-kuih-apam-polka-dot.html
Resepi Kuih Apam Polka Dot - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah