-->
Sabtu, 05 November 2016

Resepi Mak Mertua Den "Soto Ayam" - Resep Maskan


Resepi Mak Mertua Den "Soto Ayam"

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam - di potong kecil
  • 3 biji bawang besar - belah 4
  • 5 ulas bawang putih - diketuk
  • 2 inci halia - dihiris
  • 2 bungkus sub bunjut
  • sedikit kayu bahan penumis (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis)
  • garam, serbuk perisa dan sedikit gula secukup rasa

Cara memasak:
  • Satukan kesemua bahan kecuali perasa dalam periuk dan direbus. Bila ayam empuk, masukkan garam, serbuk perisa dan sedikit gula mengikut citarasa sendiri.

Bahan untuk bawang
  • 10 biji bawang merah - dihiris
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara memasak:
  • Bawang perlu digoreng dengan minyak yang belum digunakan. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga kekuningan. Masukkan terus ke dalam periuk sup ayam tadi, kacau dan tutup. 

Bahan taburan
  • Sedikit Daun sup dan daun Bawang - Dihiris dan mditabur pada sup sebelum dihidangkan.

Bahan Sambal kicap 
  • 20 biji cili api 
  • 2 biji limau kasturi/ 1 biji limau nipis
  • 2 ulas bawang putih kicap 
  • sedikit gula

Tumbuk cili bersama bawang putih hingga lumat. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba & Dipersilakan share.



from Klik Disini http://ift.tt/2eptjaq
Resepi Mak Mertua Den "Soto Ayam" - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+